00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mendakwa Iran kini berminat untuk mencapai satu perjanjian dengan Washington ketika hubungan kedua-dua negara
00:08terus tegang.
00:09Dalam temu bual bersama News Nation, Trump berkata beliau masih meneliti pilihan berhubung tindakan selanjutnya terhadap Iran.
00:19Beliau mendakwa Iran kini berada dalam keadaan semakin tertekan dari segi kewangan dan ketenteraan.
00:25Katanya perkara itu menerong Tehran untuk mencapai satu perjanjian dengan Amerika Syarikat bagi meredakan konflik yang berlarutan.
00:33Bagaimanapun beliau menegaskan sebarang persetujuan yang dimeterai perlu menepati kepentingan Amerika Syarikat.
00:39Trump turut mengesahkan bahawa Washington sedang berhubung dengan kumpulan Houthi di Yemen.
00:44Menurut beliau, kumpulan itu juga dikatakan berminat untuk meneroka kemungkinan untuk mencapai satu persetujuan dengan Amerika Syarikat.
00:51Kenyataan itu dibuat ketika konflik Amerika Syarikat dan Iran memasuki bulan ketujuh dengan ketegangan masih berterusan di rantau tersebut.
Comments