00:00Polis Diraja Malaysia PDRM serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC diminta menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berhubung sebuah video
00:11pementasan yang mengandungi unsur penghinaan terhadap institusi raja, negara Malaysia serta rukun negara.
00:17Menteri Perpaduan Dato' Aaron Agur Dagang berkata tindakan sewajarnya perlu diambil sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang dengan siasatan hendaklah mempertimbangkan
00:26segala peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa dan berkaitan termasuk kanun kesiksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Hasutan 1948 serta
00:37mana-mana undang-undang yang lain.
00:42Beliau berkata ketegasan itu penting agar menjadi peringatan bahawa kebebasan yang dinikmati setiap rakyat datang bersama dengan tanggungjawab untuk menghormati
00:51undang-undang, institusi negara dan keharmonian masyarakat.
00:55Sebelum ini tular sebuah video pementasan yang dimuat naik di platform Instagram oleh pengguna The Fever Kinetic Theater yang mengandungi
01:03unsur penghinaan terhadap institusi raja, negara Malaysia serta rukun negara.
01:07Aaron turut menyifatkan perbuatan dalam pementasan itu adalah tidak bertanggungjawab, keterlaluan dan tidak boleh diterima.
01:15Beliau menegaskan kebebasan berkarya serta bersuara tidak seharusnya dijadikan alasan untuk memperlekeh institusi negara, mencetuskan provokasi atau melakukan tindakan yang
01:25berpotensi menggugat keharmonian masyarakat.
01:28Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak termasuk penggiat seni, pencipta kandungan dan pengguna media sosial supaya menggunakan ruang kebebasan yang
01:36ada secara bertanggungjawab.
01:37Sementara itu, dalam hantaran berasingan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Dr. Zulkifli Hassan berkata, video pementasan itu
01:46merupakan satu pelanggaran adab dan kemungkaran sosial yang merosakkan ikatan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.
01:53Beliau berkata pihak penganjur wajar memohon maaf secara terbuka, manakala pihak berkuasa dan agensi berkaitan mesti membuat siasatan menyeluruh dan
02:02mengambil tindakan undang-undang yang tegas tanpa krompomi terhadap mana-mana pihak yang menghina asas negara ini.
Comments