Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Jumlah permintaan penumpang udara yang diukur menerusi hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK), susut 3.4 peratus bagi tahun ke tahun pada April 2026 akibat konflik Asia Barat.
Transcript
00:00Jumlah permintaan penumpang udara yang diukur menerusi hasil penumpang bagi setiap kilometer RPK susut 3.4% bagi tahun ke
00:10tahun pada April 2026 akibat konflik Asia Barat.
00:13Menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa, IATA dalam satu kenyataan permintaan meningkat 1.2% kecuali bagi pasaran Asia Barat.
00:24IATA berkata jumlah kapasiti yang diukur menerusi kilometer tempat duduk tersedia ASK susut 2.9% tahun ke tahun manakala
00:33faktor muatan mencatat 83.1% atau turun 0.4% berbanding April 2025.
00:41IATA memaklumkan permintaan antarabangsa susut 5.3% tahun ke tahun pada April 2026 kecuali Asia Barat permintaan meningkat 1
00:50.9% tahun ke tahun.
00:53Kapasiti susut 5.1% tahun ke tahun manakala faktor muatan pada 83.9% turun 0.2% berbanding
01:02April tahun lalu.
01:03Bagi permintaan domestik, IATA memaklumkan prestasi itu mendatar atau tidak berubah berbanding April 2025 dengan kepasti meningkat 0.8%
01:13tahun ke tahun dan faktor muatan mencatat 81.9% atau susut 0.7% daripada tempoh sama pada 2025.
01:23Ketua pengarah IATA Willy Walsh berkata kemerosotan permintaan sebanyak 46.6% bagi syarikat penerbangan di rantau Asia Barat susulan
01:33perang di rantau itu adalah serius sehinggakan merekodkan penurunan jumlah permintaan sebanyak 3.4% bagi April 2026.
01:41Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended