Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Polis Kangar sedang menyiasat video tular Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah, didakwa menembak seekor lembu korban menggunakan senapang patah.
Transcript
00:00Polis Kangar sedang menyasat video tular Menteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah didakwa menembak seekor lembu korban menggunakan senapan batah.
00:10Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisional Yusharifuddin Muhammad Yusuf berkata bagaimanapun,
00:16setakat ini pihaknya belum menerima aduan berhubung kejadian itu.
00:19Ketika dihubungi Asyrawani katanya, polis telah mengambil maklum mengenai rakaman video berkenaan yang tular di media sosial sejak Khamis.
00:26Katanya, siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengelapasti jenis peluru dan senjata yang digunakan dalam kejadian berkenaan.
00:34Beliau berkata pihaknya juga akan memanggil dan mengambil keterangan Menteri Besar dalam masa terdekat bagi membantu siasatan lanjut berhubung kejadian.
00:50Sementara Menteri Besar Perlis, Sabubakar Hamzah menjelaskan,
00:53tindakan beliau melepaskan tembakan ke arah kaki seekor lembu yang mengamuk pada program korban pertanian Dewan Undangan Negeri Dun Kuala
01:01Perlis malam
01:01adalah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
01:05Beliau mendakwa lembu berkenaan terlepas daripada ikatan sebelum bertindak agresif sehingga berpotensi mendatangkan bahaya kepada petugas dan orang ramai yang
01:14berada di lokasi program.
01:16Katanya, program korban melibatkan 25 ekor lembu dan hanya seekor didakwa terlepas serta mengamuk.
01:23Dakwanya lagi, lembu itu ditembak di bahagian kaki dan tidak mati akibat tembakan.
01:28Katanya, tindakan itu dibuat semata-mata untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.
Comments

Recommended