00:00Malaysia mengekalkan kedudukan sebagai negara dengan ekonomi Islam paling kukuh di dunia bagi 2025 sekaligus mencerminkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap
00:10kestabilan dan hala tuju pentadbiran kerajaan madani.
00:13Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Korming, pencapaian berdasarkan laporan State of the Global Islamic Economy SGIE 2024-2025
00:22itu merupakan hasil kestabilan politik, dasar ekonomi yang jelas serta komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh keyakinan rakyat dan pelabur terhadap
00:31hala tuju negara.
00:34Jelasnya dalam satu kenyataan, kejayaan Malaysia mengekalkan kedudukan sebagai ekonomi Islam terbaik dunia membuktikan bahawa pendekatan Malaysia madani berjaya meletakkan
00:43negara di landasan yang kukuh, progresif dan dihormati dunia.
00:47Ujanya ini adalah kejayaan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Beliau berkata pencapaian itu membuktikan bahawa dasar serta
00:56pendekatan kerajaan madani yang berteraskan kestabilan, tata kelola baik, keyakinan pelabur dan pembangunan inklusif terus mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
01:06Korming berkata kedudukan Malaysia di tangga pertama mengatasi beberapa negara Islam utama dunia, turut memperlihatkan kekuatan sistem kewangan Islam, industri
01:15halal, inovasi serta ekosistem pembangunan negara yang dihakini masyarakat global.
01:20Beliau berkata kerajaan akan terus memperkukuh agenda pembangunan rakyat termasuk penyediaan perumahan berkualiti, pembangunan bandar mampan dan kesejahteraan komuniti demi
01:30memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi dapat dirasai secara menyeluruh.
01:35Terima kasih.
Comments