Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Anjing K9 tidak digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang sesat di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin kerana bentuk geografi yang sangat sukar dan mencabar.
Transcript
00:00Peran berikutnya, masuk hari kelima operasi mencari dan menyelamat SAR pendaki wanita yang sesat di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin.
00:08Namun, sehingga kini, 92 anggota penyelamat termasuk Malim Gunung masih buntu, walaupun telah menjejaki kesan-kesan ditinggalkan mangsa.
00:18Antara persoalan yang timbul semasa operasi ini ialah, mengapa anjing pengesan dari unit K9 yang merupakan aset penting dalam operasi
00:25SAR tidak digunakan dalam usaha mencari Jaslinda?
00:30Pengarah Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia JBPM Perak, Datuk Sayani Saidun, apabila diajukan persoalan itu menjelaskan, usaha untuk membawa anjing
00:38pengesan ke lokasi di atas gunung sangat sukar dan mencabar.
00:43Kita sebenarnya memang ada memikirkan penggunaan K9, tetapi untuk kita land ke bawah itu, menurunkan K9 itu, sebab anggota kita
00:52pun kita kena wish turun.
00:54Jadi untuk penggunaan K9 itu, sukar kita nak turunkan kita punya aset K9 itu.
01:01Penjelasan pengarah JBPM Perak Senada dengan salah seorang Malim Gunung Perhutanan dari Perak yang menyertai operasi SAR wanita itu, Muzaffar
01:09Muhammad.
01:10Dia yang berpengalaman mendaki sejak 1995 dan lebih 10 kali di Gunung Batu Putih berkata, keadaan fizikal geografi lokasi gunung
01:20itu adalah sangat sukar dan memerlukan seluruh kudrat pendaki.
01:25Cabarannya dari segi suhu ketinggian, angin di kawasan banjaran yang tinggi.
01:33Lepas itu bentuk geografi laluan itu sendiri yang menggunakan keempat-empat kita punya anggota tangan dan kaki untuk menurun dan
01:42memanjat daripada satu ke satu lah.
01:44Selain jarak perjalanan yang jauh.
01:47Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu dan dua Malim Gunung Perhutanan memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi.
01:5523 Mei menerusi laluan Pus Gedung, Gunung Bah Gading, Gunung Batu Putih, Kuala Woh.
02:01Jaslinda dan seorang lagi pendaki Muhammad Hanafi Nikmat mengalami masalah kesihatan dan berhenti seketika.
02:07Bagaimanapun, mangsa dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat oleh Malim Gunung pada 7.30 pagi Ahad.
Comments

Recommended