Skip to playerSkip to main content
  • 11 hours ago
Pasukan bola sepak Iran merakamkan penghargaan kepada Mexico selepas negara itu bersetuju menjadi pangkalan mereka bagi Piala Dunia FIFA 2026. Keputusan tersebut dibuat selepas Amerika Syarikat dilaporkan tidak membenarkan pasukan Iran tinggal sepanjang tempoh kejohanan. Duta Iran ke Mexico menegaskan negara penganjur sepatutnya menyediakan visa kepada pasukan dan penyokong, namun perkara itu masih belum dipenuhi. Iran dijangka berpangkalan di Tijuana dan hanya berulang-alik ke Amerika Syarikat pada hari perlawanan.
Transcript
00:00Pada hari sekali, pasukan bola sepak Iran merakamkan penghargaan kepada Meksiko atas kesediaan menjadi tuan rumah kepada delegasi negara itu
00:07dalam penyertaan Piala Dunia FIFA 2026 selepas mereka syarikat menolak mereka.
00:13Duta Iran ke Meksiko, Abu Fazil Pasandideh berkata,
00:17negara penganjur Piala Dunia sepatutnya bertanggungjawab mengeluarkan visa kepada pasukan kebangsaan dan penyokong mereka untuk membolehkan kehadiran sepanjang kejohanan.
00:26Bagaimanapun, kata Abu Fazil setakat ini, visa berkenaan masih belum dikeluarkan.
00:32Pada 25 Mei lepas, Presiden Meksiko Claudia Sheinbaum memaklumkan pasukan kebangsaan Iran akan berpangkalan di Meksiko dan hanya akan berulang
00:40alik ke Amerika pada hari perlawanan mereka.
00:43Keputusan itu dibuat selepas Washington tidak membenarkan pasukan Iran tinggal sepanjang tempoh kejohanan yang berlangsung.
00:49Dari 11 Jun hingga 19 Julai, Iran dijadual menentang New Zealand di Los Angeles pada 15 Jun, diikuti Belgium pada
00:5921 Jun di lokasi yang sama, sebelum berdepan Mesir di Seattle pada 26 Jun.
01:07Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended