00:00Seterusnya, konflik bersenjata yang berterusan di Republik Demokratik Kongo, DRC, dikenal pasti sebagai antara faktor utama yang menyukarkan usaha membendung
00:08penularan wabak Ebola di negara itu.
00:12Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO Dr. Tedros Adhanom Gabriel Jesus berkata,
00:17situasi keselamatan yang tidak menentu, perpindahan penduduk dan kurangnya kepercayaan masyarakat terhadap pihak berkuasa telah menjadikan pengurusan wabak itu semakin
00:26mencabar.
00:30Beliau kini berada di Kinshasa bagi menyelaras tindak balas terhadap wabak berkenaan DDRC.
00:38Tedros menyifatkan situasi semasa sebagai sangat kompleks dan menggesa semua pihak melaksanakan gejata-senjata bagi membolehkan operasi kesihatan dijalankan dengan
00:47lebih berkesan.
00:49Menurutnya, kekurangan bekalan makanan serta ancaman keselamatan terhadap petugas kesihatan turut menjejaskan usaha mengesan, merawat dan mengawal penularan penyakit itu.
01:00Beliau turut menggesa komuniti antarabangsa meningkatkan bantuan kewangan sambil memaklumkan bahawa hanya sekitar satu per tiga daripada dana yang diperlukan
01:10untuk menangani wabak tersebut berjaya diperoleh setakat ini.
01:14Dalam lawatan itu, Tedros dijadualkan ke Bandar Bunia di Timur Kongo bagi menilai keadaan di lapangan ketika WHO dan rakan
01:23-rakannya berusaha mempercepatkan ujian klinikal beberapa calon vaksin dan rawatan Ebola.
01:29Beliau turut menegaskan bahawa WHO tidak mengesyorkan larangan perjalanan sebagai langkah mengawal wabak kerana kesannya terhadap pencegahan penularan penyakit adalah
01:40terhad.
01:42Terima kasih telah menonton!
01:42Terima kasih.