00:00Seorang lelaki berusia 32 tahun didakwa di Mahkamah Magistret Sandakan atas empat pertuduhan pemertagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seksual.
00:11Tiga daripada pertuduhan itu melibatkan remaja perempuan berusia antara 15 hingga 17 tahun.
00:19Dari pengakuan direkodkan daripada tertuduh Chu Nyuk Sheng kerana kesalahan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Session.
00:25Pertuduhan dibacakan di hadapan Magistret Nur Faizah Jafri.
00:30Mengikut pertuduhan tertuduh didakwa memperdagangkan tiga remaja perempuan dan seorang wanita warga Indonesia berusia 30 tahun bagi tujuan eksploitasi seksual
00:38di dua hotel berasingan disandakan pada 14 Mei lepas.
00:43Bagi tiga pertuduhan di bawah Seksyen 14, Sub-Seksyen 1, Akta Anti Pemberdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.
00:50Di berdepan hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang lima tahun serta sebatan jika disabitkan kesalahan.
00:56Satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 12 Akta yang sama membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda.
01:04Menurut fakta kes, polis menyerbu sebuah hotel selepas menerima maklumat risikan dan menyelamatkan tiga remaja perempuan yang dipercayai menjadi mangsa
01:11eksploitasi seksual sebelum menahan tertuduh.
01:15Mahkamah menetapkan 15 Jun depan untuk sebutan semula kes di Mahkamah Session.
Comments