Skip to playerSkip to main content
  • 13 hours ago
Mahkamah Austria menjatuhkan hukuman penjara 15 dan 12 tahun terhadap dua lelaki yang mengaku merancang serangan ekstremis berkaitan konsert Taylor Swift di Vienna pada 2024.
Transcript
00:00Mahkamah Australia pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun terhadap seorang lelaki berusia 21 tahun yang mengaku merancang serangan gagal
00:09berkaitan fahaman ekstremis di sebuah konser penyanyi terkenal Taylor Swift di Vienna pada tahun 2024.
00:15Tertuduh hanya dikenali sebagai Beran A ditangkap pada 7 Ogos 2024 sehari sebelum konser pertama daripada tiga persembahan yang dirancang
00:23di ibu negara Vienna itu.
00:28Semua konser berkenaan kemudian dibatalkan sekaligus mengecewakan ribuan peminat serta Swift sendiri.
00:36Beran A seorang warga Australia mengaku bersalah terhadap beberapa pertuduhan berkaitan keganasan dan kesalahan lain termasuk cubaan mendapatkan senjata secara
00:46haram seperti mesin gun dan bom tangan serta menghasilkan bahan letupan kecil.
00:53Mahkamah dimaklumkan bahawa dia turut cuba mencari mangsa di Dubai dan Istanbul pada awal 2024 namun gagal melaksanakan rancangan serangan
01:02tersebut selepas mengalami panik ketika cuba bertindak.
01:05Dia kemudian kembali ke Vienna dan menjadikan konser Taylor Swift sebagai sasaran.
01:11Dalam kenyataan terakhir di mahkamah, Beran A memohon maaf atas tindakannya.
01:16Mahkamah turut mendapati seorang lagi tertuduh Arda K bersalah atas semua pertuduhan dan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun.
Comments

Recommended