00:00Berikutnya operasi menyelamat tujuh individu yang terperangkap dalam sebuah gua di wilayah Jaisongbon, Lau
00:06berdepan cabaran apabila pasukan penyelamat memerlukan lebih banyak bekalan oksigen untuk meneruskan misi tersebut.
00:14Ketua Kumpulan Sukarelawan dari Thailand, Kangkat Bongkawong berkata
00:18tambahan selinder oksigen amat penting bagi memastikan usaha mengeluarkan mangsa dapat dijalankan dengan selamat
00:24terutama dalam keadaan gua yang sempit dan berbahaya.
00:30Menurut satu kenyataan di media sosial, Jurucakap Pasukan Menyelamat memaklumkan
00:34pengisian tangki oksigen menjadi keutamaan bagi memastikan kelangsungan operasi berkenaan.
00:39Ini kerana ia kini membahayakan nyawa anggota penyelamat.
00:43Minggu lalu, ketujuh-tujuh mangsa dipercayai memasuki gua tersebut dengan tujuan mencari emas
00:47sebelum terperangkap apabila tanah runtuh akibat hujan lebat menghalang laluan keluar.
00:52Setakat ini, sekurang-kurangnya lima daripada mereka telah ditemui.
00:55Bagaimanapun, terdapat perbezaan laporan mengenai jumlah mangsa yang telah ditemui.
01:00Kumpulan sukarelawan dari Thailand menyatakan lima individu telah dijumpai,
01:04manakala organisasi tempatan Rescue Volunteer for People mendakwa kesemua tujuh mangsa telah dikenalpasti dan berada dalam keadaan selamat.
01:12Maklumat itu bagaimanapun belum disahkan secara rasmi oleh pihak berkuasa.
01:15Pasukan penyelamat dari Thailand mula menyertai operasi sejak ahad lalu,
01:19termasuk seorang penyelam yang pernah terlibat dalam misi menyelamat dramatik 12 pemain bola sepak remaja
01:25dan jurulatih mereka dari Gua Tam Luang di Thailand pada 2018.
Comments