Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Transcript
00:05Butiran semakan berkaitan hak 40% pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak dijangka diperincikan pada Sabtu.
00:12Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim berkata perkara yang termaktub dalam ME63 itu akan diumumkan dalam kunjungan ke Sabah.
00:23Kementerian Kewangan menegaskan sebarang urus niaga yang dilakukan secara manual tanpa pengesahan fizikal MyCard
00:29adalah tidak dibenarkan kerana ia membuka ruang kepada transaksi tanpa kebenaran, penyalahgunaan subsidi dan pelanggaran integriti pelaksanaan program Budi 95.
00:43Seorang lelaki berusia 32 tahun didakwa di Mahkamah Magistrat Sandakan atas empat pertuduhan pemertagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seksual.
00:52Ikuti liputan berita dan analisis menyeluruh setiap hari di saluran 501 dan astroawani.com.
Comments

Recommended