00:00Dan seterusnya, Kerajaan Guatemala sedang merangka kerjasama dengan Amerika Syarikat untuk membantu operasi negaranya dalam membantras aktiviti penyeludupan dadah.
00:09Presidennya Bernardo Arevalo berkata, kerjasama berkenaan akan melibatkan kepakaran ketenteraan meliputi pelbagai akses termasuk peralatan dan latihan bersama.
00:22Ujah beliau pelan kerjasama itu tidak melibatkan sebarang operasi ketenteraan Amerika Syarikat di wilayah negara tersebut, sebaliknya kekal dalam kerangka
00:32perjanjian dua hala sedia ada.
00:35Jelasnya, tiada sebarang perjanjian yang membenarkan operasi ketenteraan asing untuk dijalankan di wilayah Guatemala.
00:42Pada 19 Mei lalu, Arevalo bersama Menteri Pertahanan Guatemala, Henry Sainz, telah mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Pete
00:53Hexaf, bagi memperincikan terma kerjasama tersebut selepas permohonan bantuan dikemukakan oleh pihak Guatemala.
01:01Menurut Arevalo, kedua-dua pihak telah membincangkan kemungkinan untuk mempertingkatkan lagi kerjasama sedia ada dalam rangka perjanjian dua hala.
01:10Sementara itu, The New York Times mendedahkan rundingan berkenaan merupakan sebahagian daripada strategi lebih luas White House untuk mengesahkan kehadiran
01:20ketenteraan Amerika Syarikat di rantau Amerika Latin bagi meningkatkan pengaruh terhadap Meksiko.
01:26Laporan sama turut menyatakan bahawa Pentagon berhasrat untuk menggesa Honduras menerima tindakan ketenteraan bersama.
01:33Bagaimanapun, Pentagon enggan mengulas lanjut mengenai operasi masa depan atau perkara berkaitan keselamatan operasi.
01:41Terima kasih telah menonton!
Comments