Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Misteri bau busuk dari sebuah rumah kedai di kawasan Pokok Mangga, Melaka membawa kepada penemuan mayat dipercayai mangsa bunuh dalam keadaan mereput dan dibungkus dalam lipatan tilam.
Transcript
00:00Misteri bau busuk dari sebuah rumah kedai di kawasan pokok mangga Melaka
00:05membawa kepada penemuan mayat dipercayai mangsa bunuh dalam keadaan mereput
00:10dan dibungkus dengan lipatan tilam pada Khamis malam.
00:14Ketua Polis Melaka, Dato' Zulhairi Mukhtar berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu
00:18kira-kira jam 7 petang semalam pemilik premis datang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan.
00:26Menurut Zulhairi, pada awalnya pemilik rumah kedai terbabit gagal menghubungi penyewa
00:31sebelum membuat pemeriksaan dan terhidu bau busuk sebaik memasuki premis itu.
00:36Pemeriksaan kemudian menemukan satu mayat dalam keadaan telah hancur dipercayai
00:40sudah meninggal dunia lebih dua minggu hingga sebulan.
00:43Ketua mangsa itu dibungkus dalam lipatan tilam dan juga telah diikat tangan.
00:49dan kita percaya memang ada unsur-unsur pembunuhan dan melihat situasi di rumah tersebut.
00:59Ekoran daripada kejadian itu, kita telah menahan satu lelaki Melayu yang berumur dalam lingkungan 40 tahun.
01:07Menurut Zulhairi, hasil ujian saringan air kencing mendapati
01:10suspek positif dadah jenis syabu selain mempunyai tujuh rekod jenayah lampau.
01:14Katanya ketika ditahan, suspek berada dalam keadaan hayal dadah
01:18dan masih belum dapat memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis untuk dapatan siasatan awal.
01:23Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
01:28Beliau berkata demikian pada majlis serah terima tugas
01:30Jawatan Ketua Jabatan Pengurusan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah
01:34dan Pengurusi Persatuan Keluarga Polis Perkep Daerah Melaka Tengah
01:37di Balai Polis Malim pada Jumaat.
Comments

Recommended