00:00Petronas Dagangan Berhad PDB mencatat hasil lebih tinggi sebanyak RM11.2 bilion bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2026.
00:11Hasil ini meningkat 23% berbanding tempoh sama tahun lalu, disokong purata harga jualan dan jumlah jualan yang lebih kukuh.
00:19Prestasi itu dicapai walaupun syarikat bertepan ketidaktentuan pasaran minyak global ketika ini.
00:26Jumlah keseluruhan jualan kumpulan meningkat 7% tahun ke tahun.
00:30Bagaimanapun keuntungan selepas cukai PAT susut kepada 3% kepada RM291.4 juta berbanding suku sama tahun lalu berikutan peningkatan
00:41kos produk susulan kenaikan harga pasaran.
00:43Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Azrul Osman Rani berkata prestasi suku pertama membuktikan kekuatan perniagaan teras kumpulan
00:53dan keupayaan operasinya untuk terus stabil dalam persekitaran mencabar.
00:58Dalam pasaran yang tidak menentu, keutamaan syarikat itu jelas iaitu memastikan pelanggan terus menikmati bekalan bahan api boleh dipercayai serta
01:07kualiti perkhidmatan dan kemudahan konsisten di setiap titik sentuhan pelanggan.
01:11Beliau berkata syarikat kekal yakin mampu mengharungi cabaran dalam segmen runcit dan komersial selain terus memperkukuh proposisi nilai pelanggan bagi
01:21menjana pertumbuhan jangka panjang.
01:23Susulan prestasi tersebut, PDB turut mengumumkan dividen interim sebanyak 18 sen sesaham biasa bagi suku berakhir 31 Mac 2026.
Comments