00:00Kira-kira 50,000 masyarakat India B40 dan M40 dijangka menerima manfaat menerusi pelbagai inisiatif di bawah unit transformasi masyarakat
00:10India Malaysia Mitra dengan keseluruhan peruntukan mencecah RM65.5 juta tahun ini.
00:16Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan berkata enam program utama diperkenalkan membabitkan aspek pendidikan, keusahawanan, pembangunan komuniti, kesihatan serta
00:26bantuan sosial bagi meningkatkan taraf sosial ekonomi masyarakat India di negara ini.
00:34Di bawah program Celik Madani, Mitra menyediakan bantuan pendidikan awal melibatkan peruntukan RM10 juta, manakala program Kalvi Madani pula diperkenalkan
00:43dengan dana RM5 juta untuk penyediaan tuisyen percuma kepada pelajar B40.
00:48Selain itu, program Madani Rakyat menerima peruntukan RM12 juta, Arugia Madani sebanyak RM6.5 juta, Tunai Madani menawarkan bantuan maksimum
00:57RM5,000 bagi setiap penerima, manakala Uyarvu Madani menyediakan geran RM50,000 kepada 500 usahawan pemula.
01:05Bantuan untuk permulaan perniagaan ini, dia secara berperingkat, secara berfasa, bergantung kepada mereka hantar laporan berkala kepada mitra dan pejabat
01:19mitra juga selepas pemantauan dibuat oleh unit integriti juga, baru kita akan bagi peringkat kedua, peringkat ketiga, peringkat keempat dan
01:30seterusnya.
01:31Jadi, setakat itu sahaja pengumuman, bagi perniagaan yang akan terlibat di dalam bantuan tersebut, bagi program start-up grant, makanan
01:45dan minuman, perniagaan dalam talian, e-commerce, kedai runcit dan perniagaan kecil, salon dan kecantikan, bengkel otomotif, jahitan dan fashion,
01:58pertanian dan agro-makanan,
02:00percetakan dan reka grafik, perkhidmatan, pembersihan, kraft tangan dan produk komuniti, teknologi dan digital, mungkin kita boleh masuk dua atau
02:10tiga skop yang lain, boleh mohon bagi penilaian dibuat dan seterusnya kita boleh buat pertimbangan yang seterusnya.
02:18Dalam pada itu, beliau berkata, semua bantuan itu akan dipantau secara berkala bagi memastikan ketelusan dan keberkesanan pelaksanaan program.
02:27Terima kasih.
Comments