00:00Baucar buku madani bernilai RM100 akan diteruskan kepada pelajar sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan KPM dan mahasiswa institusi pengajian
00:10tinggi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi KPT.
00:14Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata inisiatif itu tetap diteruskan meskipun kerajaan berdepan cabaran ekonomi susulan konflik di rantau
00:21Asia Barat ketika ini.
00:26Dampak daripada serangan itu menyebabkan masalah ekonomi kita juga terjejas.
00:35Jadi jangan kita ambil sikap sambil lewa atau remehkan.
00:43Bila saya nak buat keputusan baru, memang kita minta Kementerian-Kementerian termasuk pendidikan dan pendidikan tinggi.
00:52rayulah bagaimanapun, mesti ada pengurangan belanjawan kerana mustahil dalam RM20 bilion itu tak boleh yang dijimatkan.
01:03Menurut Perdana Menteri, walaupun negara berdepan pergolakan ekonomi yang memberi kesan kepada semua sektor,
01:11aspek pendidikan anak bangsa tidak akan dikompromi termasuk baucar buku madani.
01:16Semua terkesan. Kalau ada keperluan, semua memerlukan peruntukan tambahan.
01:23Tetapi, dalam keadaan sekarang, semua harus waras dan bijak.
01:28Tahu masalah, perbaiki, ambil kesempatan dalam lompongan kelemah-kelemah ini,
01:35perbaiki, kurangkan kos yang mana perlu.
01:38Jadi, dalam soal program baucar buku madani ini,
01:46saya tak ada pilihan.
01:49Saya beritahu Kementerian Keuangan, sukar, perit,
01:55soal buku dan pendidikan harus tetap diberikan keutamaan.
02:01Beliau berkata demikian ketika ucapan perrasmian Pesta Buku Antara Bangsa Kuala Lumpur 2026
02:07di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Jumaat.
02:11Terima kasih.
02:13Terima kasih.
Comments