Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Fahmi Fadzil berkata kerajaan sedang merangka inisiatif bantu pengamal media hadapi ancaman AI dan ketidaktentuan ekonomi sempena HAWANA 2026.
Transcript
00:00Kerajaan melalui Kementerian Komunikasi sedang merangka pelbagai inisiatif bagi membantu pengamal media di negara ini
00:05mendepani cabaran semasa termasuk ancaman teknologi, kecerdasan buatan AI dan ketidaktentuan ekonomi.
00:11Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadhil menarik perhatian sambutan Hari Wartawan Nasional Hawana tahun ini
00:16berlangsung dalam suasana kebimbangan dalam kalangan petugas media terhadap masa depan kerjaya mereka.
00:23Selamat Hari Wartawan.
00:25Assalamualaikum, salam sejahtera. Saya Fahmi Fadhil, Menteri Komunikasi.
00:28saya ingin ambil kesempatan ini untuk ucapkan Selamat Hari Wartawan untuk semua wartawan di seluruh negara.
00:34Tahun ini kita menyambut Hari Wartawan dalam satu suasana di mana ramai yang mungkin risau tentang pekerjaan mereka,
00:42tentang masa depan mereka akibat daripada kecerdasan buatan AI, isu-isu ekonomi.
00:48Tapi insyaAllah di tiap kerajaan, khususnya Keperjaan Komunikasi, ada beberapa perkara yang sedang diisytiakan untuk membantu rakan-rakan dalam bidang
00:56media.
00:56media. Media yang bebas, media yang beretika sangat penting bukan hanya untuk demokrasi negara kita,
01:04tapi masa depan Malaysia. Selamat Hari Wartawan.
01:07Berucap sempena sambutan Hawana 2026, Fahmi menegaskan kewujudan media yang bebas dan beretika merupakan tunjang utama kepada sistem demokrasi negara.
01:18Mengangkat tema media berintegriti, teras kredibiliti, kemuncak sambutan Hawana 2026 akan berlangsung di pusat konvensyen PICCA
01:27at Arena Batowulf Pulau Pinang pada 20 Jun ini.
01:31Majlis itu dijangka dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menghimpunkan kira-kira seribu pengawal media dari dalam dan
01:38luar negara.
01:39Acara tersebut menjadi platform strategi untuk mencetuskan idea baharu dan menentukan hala tuju kewartawanan dalam era digital yang semakin mencabar.
01:47Tarih 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional bersempena penerbitan edisi pertama Ahbah Utusan Melayu pada 29 Mei 1939.
01:58Hawana dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dengan pertubuhan berita nasional Malaysia bernama sebagai agensi pelaksana
02:04bagi menghargai sumbangan dan profesionalisme pengamal media di negara ini.
Comments

Recommended