Skip to playerSkip to main content
  • 11 hours ago
Dalam kenyataan bersama pada Isnin (11 Mei), kedua-dua pihak memaklumkan MOU berkenaan menyediakan platform komprehensif untuk memandu kerjasama dalam pelbagai bidang berkaitan perbankan pusat.
Transcript
00:00Bank Negara Malaysia dan Bank Indonesia memetrai memorandum persefahaman MOU baru bagi memperkukuh kerjasama dua hala antara kedua-dua bank
00:09pusat.
00:09Dalam penyataan bersama pada Isnin, kedua-dua pihak memaklumkan MOU berkenaan menyediakan platform komprehensif untuk memandu kerjasama dalam pelbagai bidang
00:19berkaitan perbankan pusat.
00:21Ini termasuk dasar moneteri, kestabilan kewangan dan dasar kehematan makro, sistem pembayaran dan pendigitalan, pembangunan sektor kewangan, inisiatif pembangunan keupayaan,
00:33perkongsian maklumat dan bidang lain.
00:36Gabno Bank Negara Datuk Seri Abdul Rashid Ghafur berkata MOU itu meneguhkan lagi hubungan kerjasama yang berterusan antara BNM dan
00:45BI.
00:45Katanya MOU itu turut menekankan komitmen bersama untuk memperdalam kerjasama dalam bidang perbankan pusat yang sedia ada dan pada masa
00:54sama memperluas kerjasama dalam bidang kepentingan bersama baharu.
00:59Manakala Gabno Bank Indonesia, Peri Wargio berkata, MOU bukan sekadar komitmen simbolik dan ia mencerminkan semangat berkekalan untuk memperkukuh hubungan
01:09institusi dan memperdalam kerjasama dua hala antara dua bank pusat,
01:14khususnya dalam persekitaran geopolitik semasa yang mencabar.
Comments

Recommended