Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Kedua-dua pihak dijangka membincangkan mengenai konflik di Asia Barat selain isu Taiwan, yang didakwa China sebagai wilayahnya, susulan kelulusan Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini terhadap penjualan senjata berskala besar kepada pulau itu.
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan melawat China dari 13 hingga 15 Mei atas jemputan Presiden Xi Jinping.
00:07Pengumuman itu dibuat Kementerian Luar China pada Isnin.
00:13Lawatan itu menandakan kunjungan pertama Trump ke China dalam tempoh hampir sembilan tahun.
00:19Lawatan terakhir di peringkat pemimpin dari Amerika ke China berlangsung pada November 2017 apabila Trump melakukan lawatan negara semasa penggal
00:26pertamanya sebagai Presiden.
00:28Lawatan terbaru Trump dibuat pada saat kritikal ketika ketegangan di Asia Barat masih memuncak.
00:34Kunjungan itu sebelum ini dijadual berlangsung dari 31 Mac hingga 2 April namun ditangguhkan kerana Trump perlu memberi tumpuan kepada
00:42perang yang melibatkan Iran.
00:44Konflik di Asia Barat dijangka menjadi antara topik utama dalam rundingan itu.
00:49Hubungan antara Washington dan Beijing semakin tegang sepanjang penggal kedua Trump sesuluan pertikaian berkaitan kenaikan takrif Amerika.
00:56Antara lain, sekatan teknologi selain langkah China memperketat kawalan terhadap unsur nadir bumi, sektor yang didominasi negara itu dalam bekalan
01:05global.
01:06Selain isu ekonomi dan perdagangan, kedua-dua pihak turut dijangka membincangkan mengenai Taiwan yang didakwa China sebagai wilayahnya,
01:14sesulan kelulusan Amerika baru-baru ini terhadap penjualan senjata berskala besar kepada pulau itu.
01:20Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended