00:00Sementara itu bangunan senat di Manila dikawal ketat polis Filipina pada Isnin.
00:04Langkah itu susulan laporan pengeluaran waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa ICC terhadap sineta Filipina Ronald De La Rosa
00:13yang mengetuai pelaksanaan Perang Terhadap Dadah ketika pentadbiran bekas Presiden Rodrigo Duterte.
00:21Lapor Reuters De La Rosa yang dinamakan pendakwa raya ICC sebagai rakan subahat dalam kes Duterte
00:28dilihat menghadiri sidang senat pada Isnin buat kali pertama selepas menghilangkan diri daripada perhatian umum sejak November lalu.
00:35Beliau sebelum ini menafikan penglibatan dalam pembunuhan sepanjang kempen anti-dadah Duterte.
00:42De La Rosa dikatakan akan menyertai Duterte berdepan tuduhan di ICC berkaitan peranannya
00:48dalam perang terhadap dadah yang mengorbankan ribuan individu yang disyaki pengedar dan penagih dadah
00:53kebanyakannya dalam keadaan misteri.
00:56Untuk rekod, Duterte yang menjadi Presiden dari 2016 hingga 2022
01:02ditahan polis Filipina pada Mac 2025 sebelum dibawa ke ICC di The Hague.
Comments