Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memaklumkan operasi berkenaan dijalankan hasil aduan awam dan risikan dilakukan ke atas beberapa premis serta lokasi disyaki menjadi penempatan dan transit warga asing.
Transcript
00:00Seramai 81 warga asing ditahan menerusi Ops Sapu, dilaksanakan di sekitar Bandar Sibu serta Selangau pada Sabtu dan Ahad lalu.
00:08Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak berkata operasi itu dijalankan hasil aduan awam dan risikan yang dilakukan ke atas beberapa premis serta
00:16lokasi disyaki menjadi penempatan dan transit warga asing.
00:23Imigresen dalam satu kenyataan maklumkan daripada 114 individu yang diperiksa, 81 warga asing ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan di bawah
00:34Seksyen 6-1-C, Seksyen 15-1-C dan Seksyen 55-E Akta Imigresen.
00:43Mereka yang ditahan terdiri daripada 50 lelaki, 18 perempuan, 5 kanak-kanak lelaki dan 8 kanak-kanak perempuan.
00:51Kesemua ditahan terdiri daripada 80 warga Indonesia dan seorang warga Filipina yang gagal mengemukakan dokumen perjalanan serta permitsah ketika pemeriksaan
01:01dijalankan.
01:02Turut dikenakan, tindakan dalam operasi itu ialah seorang majikan tempatan yang disyaki melindungi atau menggaji warga asing tanpa dokumen sah.
01:11Kesemua ditahan dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasa Imigresen SIBU untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Comments

Recommended