00:00Ketika krisis Amerika Syarikat di rantau Asia Barat terus berpanjangan, Iran berdepan kemerosotan akses internet dalam skala yang belum pernah
00:08dilihat peradaban digital masa kini.
00:11Lebih dua bulan selepas krisis bermula, jutaan rakyat Iran masih terputus hubungan dengan dunia luar.
00:19Kor Pengawal Revolusi Iran atau IRGC melancarkan program Internet Pro, iaitu inisiatif khas ketika situasi darurat untuk rakyat terus melayari
00:29internet.
00:30Namun rangkaian domestik ini didakwa dikawal ketat oleh kerajaan, hanya laman sesawang yang mendapat kelulusan boleh diakses.
00:38Komunikasi dengan keluarga dan rakan di luar negara menjadi sukar, selain akses kepada saluran media sosial serta platform e-dagang
00:46antarabangsa terbatas.
00:49Difahamkan sekatan ini atas faktor keselamatan, selain mengehadkan penyebaran maklumat yang boleh menimbulkan kegusaran awam.
00:57Bagaimanapun kemarahan rakyat Iran tercetus, susulan dakwaan institusi kerajaan dan golongan kenamaan tertentu masih mempunyai akses internet global.
01:06Sekaligus timbul kritikan mengenai kewujudan internet dua darjat.
01:10Ini menyebabkan sebahagian rakyat memasuki sistem Starlink yang boleh mengakses internet satelit kendalian SpaceX tanpa melalui rangkaian domestik Iran.
Comments