Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Muatan Tianzhou-10 merangkumi satu sut angkasawan untuk kegunaan aktiviti luar kenderaan (EVA) serta bekalan keperluan harian untuk angkasawan bertugas, bahan pendorong, peralatan eksperimen serta bahan-bahan aplikasi.
Transcript
00:00Roket pembawa Long March 7 Y11 yang membawa kapal angkasa kargo Tianzhou 10 dilancarkan dari pusat pelancaran kapal angkasa Wenchang
00:09di Provinsi Hainan, Selatan Cina pada pagi Isnin.
00:13Kira-kira 10 minit selepas pelancaran, Tianzhou 10 berpisah dengan roket dan memasuki orbit yang ditetapkan.
00:23Panel solar pada kapal angkasa itu berfungsi dengan lancar, sekaligus menandakan kejayaan penuh misi pelancaran berkenaan.
00:32Menurut Pejabat Kejuruteraan Angkasa Lepas Bermanusia Cina, Tianzhou 10 kemudian dijadual menjalankan proses pertemuan dan pencantuman dengan stesen angkasa Cina
00:42yang beroperasi di orbit.
00:44Muatan Tianzhou 10 merangkumi satu sud angkasawan untuk kegunaan aktiviti luar keneraan EVA serta bekalan keperluan harian untuk angkasawan bertugas,
00:54bahan pendorong, peralatan eksperimen serta bahan-bahan aplikasi.
00:59Misi itu merupakan misi pembekalan kargo kelima selepas projek Kejuruteraan Angkasa Lepas Bermanusia Cina, Pemasuki Fasa Aplikasi dan Pembangunan Stesen
01:08Angkasa.
01:09Ia juga misi pelancaran ke-39 sejak projek berkenaan diluluskan dan dilaksanakan sekaligus penerbangan ke-641 yang diselesaikan roket pemawa
01:20siri Long March.
Comments

Recommended