Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Kementerian Pengangkutan menyasarkan 60,000 pelajar sekolah menerima manfaat Program MyLesen B2 Sekolah (MyB2S) 2026 bagi memperluas akses lesen memandu motosikal serta meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan generasi muda.
Transcript
00:00Kementerian Pengangkutan menyasarkan 60,000 pelajar sekolah di seluruh negara menerima manfaat program khas pelisinan pemandu MyLisin B2 Sekolah MyB2S
00:102026.
00:12Menteri Pengangkutan Anthony Lok berkata program itu melibatkan peruntukan kira-kira RM18.5 juta dan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan
00:21serta Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ.
00:26Program itu bertujuan memperkukuh keselamatan jalan raya serta memastikan pelajar memiliki lesen memandu yang sah.
00:33Menurut Lok, inisiatif itu timbul susulan keprihatinan kerajaan terhadap isu penunggang motosikal dalam kalangan pelajar yang masih tidak mempunyai lesen
00:42sah, terutama di kawasan luar bandar.
00:44Katanya program itu bukan sahaja menyediakan akses pelisinan, malah meningkatkan kompetensi, kesedaran dan pematuhan undang-undang jalan raya dalam kalangan
00:53generasi muda.
00:54Di Johor sahaja, seramai 8,200 pelajar termasuk 1,500 pelajar di Johor Jaya telah dikenalpasti akan menerima manfaat dengan
01:02peruntukan RM2.46 juta.
01:05Lok turut menasihati pelajar terpilih supaya menghadiri semua sesi pembelajaran sehingga selesai bagi memastikan proses pelisinan dapat dilengkapkan.
01:15Beliau berkata kerajaan menanggung sepenuhnya kos program tersebut yang jika dilaksanakan secara sendiri akan menjadi lebih tinggi dan membebankan ibu
01:24bapa.
01:24Program MyB2S turut melengkapi program MyLessin B2 sedia ada dengan 30,000 peserta dijangka menerima manfaat tahun ini melalui peruntukan
01:34RM10.5 juta.
01:36Dalam masa sama, Lok berkata program itu penting kerana statistik kemalangan jalan raya menunjukkan lebih 65% kematian melibatkan penunggang
01:44dan pemboncing motosikal, majoritinya bawah 30 tahun.
Comments

Recommended