00:00Tokoh kewangan Islam, Tan Sri Dr. Muhammad Daud Bakar dan rakan kongsinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Kuala Lumpur
00:08pada Islin atas tujuh pertuduhan pecah amanah wang berjumlah RM10.55 juta antara tahun 2021 dan 2024.
00:19Muhammad Daud 62 tahun yang juga bekas pengurusi Majlis Penasihat Syariah SAC Bank Negara Malaysia dan Datuk Nurliza Tajuddin 54
00:30tahun membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan hakim Suzana Husin.
00:37Mengikut semua pertuduhan, Muhammad Daud yang memakai kod berwarna hitam sementara Nurliza berbaju kelabu didakwa sebagai ejen iaitu pengarah dan
00:46pemegang saham syarikat Energi Eko Sendiran Berhad telah diamanahkan dengan harta dengan niat bersama telah melakukan pecah amanah jenayah ke
00:56atas harta tersebut.
00:57Ia membabitkan wang milik pelabur-pelabur iaitu RM400,000 dan RM200,000 milik Muhyiddin Kunjayu, RM500,000, RM900,000 dan
01:09RM550,000 milik Koperasi Perumahan Sentul Pasar Kuala Lumpur Berhad, RM2 juta milik Datuk Dr. Mashitah Ibrahim serta RM6 juta
01:20milik My Art Capital Sendirian Berhad.
01:23Mereka secara tidak jujur telah menggunakan harta tersebut dengan melanggar kontrak nyata yang telah dibuat mengenai penyempurnaan amanah itu iaitu
01:33Shareholders Advance Agreement bertarikh 22 Jun 2021, 19 Januari, 1 April, 27 April dan 6 Disember 2022 serta 5 April
01:462023 dan 12 Mei 2024.
01:49Ia membabitkan perjanjian antara Energi Eko dengan empat pihak terbabit berhubung peniagaan pembuatan sarung tangan patuh syariah.
01:58Kesalahan didakwa dilakukan di dua bank di Taman Setiawangsa dan Bangsar antara 22 Jun 2021 dan 15 Mei 2024.
02:07Setiap pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Sama yang membawa hukuman penjara antara 2
02:18hingga 20 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.
Comments