Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Kementerian Pendidikan Malaysia sedang menambah baik Garis Panduan Pengurusan Sekolah Selamat bagi memastikan aspek keselamatan murid dan warga sekolah terus diperkukuh selaras dengan cabaran semasa.
Transcript
00:00Kementerian Pendidikan sedang menambahbaik garis panduan pengurusan sekolah selamat bagi memastikan keselamatan murid dan warga sekolah terus terpelihara.
00:09Menteri Pendidikan Fardina Siddiq berkata penambahbaikan garis panduan tersebut dilaksanakan menerusi jawatan kuasa khas reformasi keselamatan institusi pendidikan.
00:21Menurut beliau, jawatan kuasa itu dianggotai wakil pelbagai pihak termasuk Polis Diraja Malaysia, PDRM, Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara
00:30serta wakil bukan kerajaan dan komuniti.
00:33Usaha itu digerakkan susulan beberapa insiden kemalangan melibatkan pelajar di kawasan sekolah kebelakangan ini.
00:39Beliau berkata semua pihak perlu memberi perhatian serius terhadap isu keselamatan di sekolah bagi memastikan persekitaran pembelajaran kekal selamat.
00:48Penambahbaikan itu menyusul selepas beberapa kes kemalangan maut melibatkan pelajar termasuk insiden seorang pelajar tingkatan 1 dirempuh kereta di Kota
00:57Baru pada April lalu dan seorang murid tahun 2 maut dilanggar van di Batu Pahat pada Mei lepas.
01:04Sementara itu dalam sidang media, Fardina berkata KPM telah mengarahkan semua pengetua dan pentadbir sekolah melaksanakan langkah keselamatan secara tegas
01:12dan konsisten setiap hari.
01:13Beliau menegaskan tiada kompromi dalam isu melibatkan keselamatan pelajar dan semua pihak perlu memainkan peranan bagi memastikan sekolah kekal selamat.
Comments

Recommended