00:00Bertemu kembali, aktivis hak asasi manusia Iran Nargaz Mohamadi dipindahkan dari penjara ke sebuah hospital di Teheran, susulan kebimbangan terhadap
00:08tahap kesihatannya yang semakin merosot.
00:11Menurut kenyataan Yayasan Nargaz Mohamadi yang dikendalikan keluarganya, pihak berkuasa Iran pada ahad meluluskan penggantungan hukuman sementara dengan jaminan tinggi
00:21sekaligus membolehkan beliau menerima rawatan perubatan.
00:28Perkembangan itu hadis selepas keluarga dan penyokong Nargaz minggu lalu memberi amaran,
00:33pemenang hadiah Nobel Keamanan 2023 itu berdepan risiko maut di penjara, susulan dua serangan jantung yang disyaki di alaminya awal
00:42tahun ini.
00:43Nargaz, 54 tahun, menerima anugerah Nobel atas perjuangannya menentang penindasan terhadap wanita di Iran serta komitmennya dalam memperjuangkan hak asasi
00:53manusia.
00:53Yayasan itu memaklumkan Nargaz kini dirawat di Hospital Tehran Paz di bawah pengawasan pasukan perubatannya sendiri selepas rayuan berterusan daripada
01:03keluarga agar beliau dipindahkan dari penjara.
01:06Sebelum ini beliau menjalani hukuman di penjara Zanjan, utara Iran dan sempat dimasukkan ke hospital selama 10 hari.
01:14Suaminya yang menetap di Paris berkata, keadaan kesihatan Nargaz tidak berada pada tahap yang memuaskan dan masih tidak stabil.
01:23Menurut peguamnya, Nargaz dipercayai telah kehilangan kira-kira 20 kilogram sepanjang tempoh pemenjaraannya, mengalami kesukaran bertutur dan keadaannya kini hampir
01:35tidak dapat dikenali.
01:37Pada 2021, Nargaz mula menjalani hukuman penjara 13 tahun atas pertuduhan menjalankan aktiviti propaganda terhadap negara dan bersekongkol menentang keselamatan
01:49negara, pertuduhan yang disangkalnya.
01:52Nargaz sekali lagi ditahan pada Disember lalu selepas didakwa membuat kenyataan provokatif ketika menghadiri satu majlis peringatan.
Comments