Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 28 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) menghala ke Plaza Tol Duta, di ibu negara pada Sabtu (9 Mei).
Transcript
00:00Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kemalangan tiga kenderaan di kilometer 28,
00:06Lebuh Raya Baru Lembah Kelang NKVE, menghala ke Plaza Tol Duta di Ibu Negara pada Sabtu.
00:12Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Grafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Muhammad Zamzuri Muhammad Isa berkata,
00:18pihaknya mengesan rakaman video tular berkaitan kejadian itu di media sosial.
00:26Dalam kenyataan pada Isnin, beliau berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 11 malam melibatkan sebuah Toyota Hilux, Proton Wira
00:34dan Proton Inspira.
00:36Siasatan awal mendapati Proton Inspira dipandu lelaki tempatan berusia 26 tahun terbabas sebelum berhenti di lorong kanan Lebuh Raya.
00:44Muhammad Zamzuri berkata, kenderaan itu kemudian dilanggar sebuah Proton Wira yang dipandu lelaki warga Indonesia berusia 40 tahun diikuti sebuah
00:53Toyota Hilux yang dipandu lelaki tempatan berusia 41 tahun.
00:58Insiden itu menyebabkan Proton Inspira dan Toyota Hilux terbabas ke sebelah kiri jalan sebelum melanggar perhadang jalan.
01:05Kesemua pemandu bagaimanapun tidak cedera dan kes disiasat mengikut Seksyen 42-1 Akta Pengangkutan Jalan.
01:14Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended