00:00Kerajaan digesa meningkatkan had bulanan 200 liter petrol RON95 bersubsidi untuk penduduk Sabah dan Sarawak, naik Presiden Parti Maju Sabah
00:10SAPP.
00:11Ji Tien Siong berkata, keadaan geografi dan jarak perjalanan yang jauh di kedua-dua negeri tersebut dikatakan menjejaskan mobiliti dan
00:20ekonomi rakyat.
00:23Jelasnya RON95 bersubsidi pada harga RM1.99 se-liter masih menjadi talian hayat utama untuk urusan harian penduduk Sabah dan
00:33Sarawak.
00:33Kekurangan pilihan pengangkutan awam seperti rangkaian kereta api pula menyebabkan penduduk bergantung sepenuhnya kepada kenderaan persendirian bagi merentasi jarak jauh.
00:43Menurut Tien Siong, had 200 liter sebulan sudah membebankan keluarga terutama bagi perjalanan antara kota Kinabalu dan Tawau yang menjangkau
00:51sekitar 450 km sahala.
00:55Katanya kuota tersebut boleh habis sepenuhnya dalam tempoh tiga perjalanan pergi dan balik sahaja.
01:00Beliau berkata ramai penduduk terpaksa mengurangkan pergerakan apabila kuota habis kerana tidak mampu menanggung kos bahan api tanpa subsidi yang
01:09lebih tinggi.
01:09Keadaan itu memberi kesan langsung kepada aktiviti ekonomi dan perdagangan tempatan apabila penduduk terpaksa mengehadkan perjalanan mereka.
01:18Sehubungan itu, Tien Siong menolak cadangan penyasaran subsidi T20 menelusi program Budi 95 dan menggesa kerajaan memastikan harga RON 95
01:27kekal pada RM1.99 se liter tanpa had untuk penduduk Sabah dan Sarawak.
Comments