Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Perancis dilihat cuba memperkukuh semula pengaruhnya di Afrika menerusi Sidang Kemuncak Afrika–Perancis di Nairobi ketika Paris berdepan cabaran hubungan dan sentimen anti-Perancis di beberapa negara Afrika Barat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sidang kemunca Afrika Perancis di Nairobi menjadi platform terbaru untuk Paris memperkukuh semula hubungannya dengan negara-negara Afrika.
00:08Langkah itu dilihat sebagai usaha Perancis menyesuaikan pendekatan dipomasinya susulan cabaran pengaruh di beberapa negara Afrika Barat.
00:18Menurut penganalisis Kontrol RIS, Beverly O'Ching, Paris kini cuba beralih daripada pendekatan berteraskan keselamatan kepada kerjasama yang lebih menyeluruh
00:27melibatkan ekonomi, perdagangan dan pembangunan.
00:51Jelasnya sentimen anti-Perancis di beberapa negara Afrika Barat sebelum ini banyak dipengaruhi persepsi terhadap pendekatan paternalistik Paris serta kesan
01:02sejarah penjajahan.
01:31Sidang kemuncak sulung yang berlangsung di Kenya itu turut menyaksikan Nairobi, memainkan peranan lebih besar sebagai rakan strategik diplomatik dan
01:39ekonomi di peringkat benua Afrika.
01:41Suasana sekitar Nairobi turut dihiasi papan iklan, memaparkan Presiden Kenya William Ruto dan Presiden Perancis Emmanuel Macron yang membawa mesej
01:51perkongsian berharu dengan Afrika.
01:53Macron tiba di Nairobi pada Ahad dan disambut setiusaha Kabinet Perdana Menteri Merangkap Menteri Hal Ehwal Luar Kenya, Musalia Mudavadi.
Comments

Recommended