Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Lapor Sinar Harian yang memetik akhbar tempatan Haaretz, kebanyakan anggota yang terlibat dalam konflik di Gaza juga dilaporkan enggan kembali ke medan tempur.
Transcript
00:00Lebih 7,000 pegawai dan anggota tentera Israel dilaporkan diberhentikan secara kekal disebabkan tekanan mental sepanjang peperangan di Gaza.
00:08Lapor sinar harian yang memetik akhbar tempatan Harits, seramai 7,241 anggota tentera Israel dilepaskan daripada perkhidmatan kerana mengalami keruntuhan
00:19psikologi.
00:22Manakala ribuan lagi anggota tetap dipindahkan daripada tugas tempoh akibat keletihan melampau dan gangguan mental serius.
00:31Laporan yang memetik sumber perubatan dalam Jabatan Kesehatan Mental tentera Israel mendakwa krisis psikologi dalam kalangan anggota tentera mula meningkat
00:39selepas 7 Oktober 2023.
00:42Kebanyakan anggota yang terlibat dalam konflik di Gaza juga dilaporkan enggan kembali ke medan tempoh.
00:49Sejak Jun 2024, tentera Israel didakwa berhenti menjawab permohonan rasmi difailkan di bawah Undang-Undang Kebebasan Maklumat.
00:57Data bagi suku terakhir 2024 menunjukkan kes bunuh diri anggota tentera Israel meningkat 2 kali ganda.
01:06Laporan itu turut mendakwa pegawai di Jabatan Tenaga Kerja dan Jurucakap tentera sengaja melambatkan atau menyekat penerbitan maklumat yang boleh
01:15menjejaskan imej awam pasukan tentera.
01:18Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended