Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Menurut laporan media, Trump dijadual mengadakan pertemuan dengan Xi Jinping semasa lawatannya ke Beijing minggu ini, ketika kedua-dua negara berusaha memperbaiki hubungan yang terjejas akibat ketegangan perdagangan, isu Taiwan serta konflik melibatkan Iran.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Mata wang ringgit dijangka diniagakan dalam julat RM3.90 hingga RM3.95
00:05berpandang dolar Amerika Syarikat minggu ini menjelang pertemuan penting
00:10antara Presiden Donald Trump dan Presiden Xi Jinping.
00:13Menurut laporan media, Trump dijadual bertemu Xi dalam kunjungannya ke Beijing
00:17pada minggu ini ketika kedua-dua negara cuba memulihkan hubungan
00:20yang dijejaskan oleh ketegangan membabitkan perdagangan Taiwan serta perang Iran.
00:27Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalan Malaysia Berhad Dr. Mamad Abzan Nizam Abdul Rashid berkata
00:32kalangan pelabur berharap krisis Amerika-Iran akan mereda
00:36dan pertemuan kedua-dua pemimpin itu berpotensi membuka ruang menamatkan perang tersebut.
00:42Bagaimanapun katanya, keadaan di Asia Barat akan terus menjadi faktor penting
00:46yang dapat mengubah halatuju pasaran secara mendadak.
00:50Di peringkat domestik, pasaran turut menunggu pengumuman data keluaran
00:54dalam negara kasar KDNK bagi suku pertama 2026 yang akan diumumkan
00:59oleh Bank Negara Malaysia dan Jabatan Perangkaan Malaysia pada 15 Mei ini.
01:05Menurut laporan, KDNK Malaysia di landasan untuk mencapai pertumbuhan
01:095.3% didorong terutamanya oleh pengembangan meluas,
01:14merentasi beberapa subsektor termasuk pembuatan, perkhidmatan dan pembinaan.
01:18Ringgit diniagakan mengukur berbanding dolar Amerika pada paras 3.9185
01:24berbanding 3.9690 pada Khamis minggu sebelumnya.
01:30Unit tempatan itu turut diniagakan meningkat berbanding kumpulan
01:33matawang utama dan ASEAN pada minggu lepas.
01:37Terima kasih telah menonton!
01:37Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended