Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Ketenteraan Israel dilaporkan melancarkan serangan udara terbaharu yang menyasarkan penempatan polis di Semenanjung Gaza, mengakibatkan dua anggota polis terkorban di Khan Younis. Kumpulan Hamas mendakwa serangan itu bertujuan mencetuskan kekacauan dan menghalang usaha pemulihan, selain menyifatkannya sebagai pelanggaran gencatan senjata yang berkuat kuasa sejak Oktober lalu. Hamas turut menggesa campur tangan masyarakat antarabangsa ketika angka korban dan kemusnahan di Gaza terus meningkat.

Transcript
00:00Tentera Israel melancarkan serangan udara terbaru menyasarkan penempatan polis serta anggotanya yang didakwa bertujuan mencetuskan kekacauan di semenanjung Gaza.
00:09Menurut kumpulan pejuang Hamas, dua anggota polis terbunuh akibat serangan tersebut selepas kenderaan dinaiki mereka diserang oleh Israel di bandarkan
00:17Yunis Selatan Gaza.
00:20Hamas menjelaskan insiden itu disifatkan sebagai pelanggaran terbaru terhadap perjanjian genjatan senjata yang berkod kuasa sejak Oktober tahun lalu.
00:30Tegasnya, serangan Israel terhadap pasukan polis di Gaza merupakan satu tindakan jenayah dan kegenasan pihak pendudukan terhadap rakyat Palestine.
00:39Hamas juga mendakwa serangan yang dilancarkan itu bertujuan mewujudkan kekacauan serta menghalang sebarang usaha pemulihan di Gaza.
00:48Sesulan itu, Hamas menggesa masyarakat antarabangsa, pihak pengantara serta penjamin perjanjian genjatan senjata supaya mengambil tindakan bagi menghentikan pencerobohan dan
00:58pelanggaran harian yang didakwa dilakukan Israel.
01:03Kumpulan perjuang tersebut turut menyeru agar pelindungan serta bantuan yang diperlukan diberikan kepada rakyat Palestine.
01:09Sejak genjatan senjata berkod kuasa Oktober tahun lalu, kira-kira 850 rakyat Palestine terkorban, mereka lah 2,433 lagi cedera
01:19akibat pelanggaran berterusan yang melibatkan serangan artileri dan tembakan.
01:25Selepas dua tahun perang Israel di Gaza bermula pada Oktober 2023, ia telah mengakibatkan lebih 72,000 kematian, lebih 172
01:35,000 kecederaan serta kemusnahan 90% infrastruktur awam di wilayah berkenaan.
Comments

Recommended