Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah, mata wang dan minuman keras bernilai hampir RM1.19 juta menerusi empat kes berasingan sepanjang April lalu. Rampasan melibatkan wang tunai, minuman keras tanpa setem cukai serta dadah jenis ketamin, hasil kerjasama JKDM bersama pihak keselamatan lapangan terbang. Kesemua kes kini disiasat mengikut pelbagai peruntukan undang‑undang berkaitan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bertemu kembali, Jabatan Kastam Diraja Malaysia JKDM Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA menumpaskan sindiket penyeludupan dadah, matawang dan minuman
00:12keras bernilai hampir RM1.19 juta menerusi empat kes berasingan sepanjang bulan lalu.
00:19Pengarahnya Zulkifli Muhammad berkata, pada 2 April, pihaknya dengan kerjasama pihak Keselamatan Penerbangan Malaysia Airpods KLIA menahan seorang pengembara warga
00:29Indonesia di bangunan satelit ruang pelepasan pintu antarabangsa Terminal 1 KLIA.
00:37Ujarnya, individu tersebut disyaki cuba membawa keluar matawang Malaysia tanpa membuat pengisytiharan serta tanpa kelulusan Bank Negara Malaysia.
00:46Hasil pemeriksaan bagasi milik individu terbabit menemukan wang tunai berjumlah RM129,500 yang disembunyikan di dalam beg plastik hitam.
00:58Manakala dalam kes berasingan, pihak JKDM merampas minuman keras pelbagai jenama yang tidak mempunyai stem cukai dan disyaki tidak berkastam
01:07melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak 17,100 liter.
01:12Jelas, Zulkifli, rampasan itu bernilai lebih RM200,000 dan telah mengakibatkan kerugian duti serta cukai kepada kerajaan sebanyak lebih RM430
01:22,000.
01:24Sementara itu, dalam kes ketiga pada 24 April, JKDM KLIA dengan kerjasama AVSAC menahan seorang lelaki warga tempatan di pintu
01:34pelepasan antarabangsa Terminal 1 KLIA yang disyaki cuba menyeludup keluar dadah.
01:40Pemeriksaan dan imbasan terhadap bagasi individu itu mengesan imej mencurigakan sebelum pemeriksaan lanjut menemukan dadah jenis ketamin dianggarkan seberat 3
01:51.6719 kilogram dengan nilai mencecah RM183,000.
01:57Dalam kes keempat pula, pada 27 April, dua wanita warga tempatan ditahan di pintu pelepasan antarabangsa Terminal 1 KLIA pada
02:07jam 5.17 petang ketika cuba menaiki penerbangan ke Taipei.
02:11Hasil imbasan bagasi telah menemukan dadah ketamin seberat kira-kira 4.4836 kilogram bernilai lebih RM200,000.
02:22Secara keseluruhan, nilai rampasan bagi keempat-empat kes tersebut dianggarkan berjumlah RM1.1 juta.
02:30Kesemua kes kini disiasat mengikut peruntukan undang-undang berkaitan termasuk Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001,
02:41Akta Kastam 1967, Akta Aksais 1976 serta Akta Dada Berbahaya 1952.
Comments

Recommended