00:00Baik, seterusnya, kepimpinan dalam agensi penguatkuasaan memerlukan keberanian membuat keputusan sukar demi memerangi rasuah.
00:08Ketua Pesuruh Jaya Seruan Jaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, tugas dalam bidang penguatkuasaan sering menyebabkan
00:17seseorang berdepan kritikan dan memiliki lebih ramai musuh berbanding rakan.
00:24Dalam pertemuan eksklusif bersama pengamal media, Azam berkata pihak penguatkuasa tidak boleh takut untuk bertindak sekiranya mahu memastikan undang-undang
00:34dilaksanakan dengan tegas dan adil.
00:36Beliau yang menyertai badan pencegahan rasuah pada 1984 berkata, pengalaman lebih 4 dekad dalam bidang anti-rasuah banyak membentuk visi
00:45dan pendekatan kepimpinannya.
00:47Azam menegaskan visi merupakan asas penting dalam kepimpinan dan seseorang pemimpin perlu berani memikul tanggungjawab yang datang bersama jawatan.
00:57Menurut beliau, antara cabaran terbesar SPRM adalah memastikan siasatan terus berkesan dalam menangani kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang semakin
01:06kompleks.
01:07Azam teruk mempertahankan tindakan SPRM nyasat tokoh politik berprofil tinggi termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan
01:16Tan Sri Muhyiddin Yassin.
01:17Beliau menegaskan siasatan dijalankan berdasarkan maklumat sah dan prosedur yang betul tanpa mengira kedudukan individu terlibat.
01:25Dalam masa sama, Azam berkata SPRM kini memerlukan pendekatan lebih proaktif berasaskan risikan bagi menangani kes melibatkan rangkaian terancang dan
01:34individu berprofil tinggi.
01:36Tambahnya, siasatan kes rasuah lebih sukar berbanding jenayah konvensional kerana ia sering melibatkan kumpulan kecil yang saling melindungi sesama sendiri.
Comments