00:00Bekas pengurusi majlis penasihat syariah SAC Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar dan rakan kongsi mengaku tidak
00:08bersalah di Mahkamah Session Kuala Lumpur
00:09atas tujuh pertuduhan melakukan pecah amanah jenayah, membabitkan wang berjumlah 10.55 juta ringgit milik beberapa individu dan sebuah koperasi
00:19sejak tiga tahun lepas.
00:21Mohd Daud berusia 62 tahun dan Datuk Nurliza Tajuddin berusia 54 tahun membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan secara
00:29bersama di hadapan Hakim Suzana Hussein.
00:34Mengikut pertuduhan pertama hingga ketujuh, kedua-dua tertuduh sebagai ejen iaitu pengarah dan pemegang saham syarikat Energi Eko Senyar Berhad,
00:41kini adalah Energi Eko Berhad telah diamanahkan dengan wang berjumlah 10.55 juta ringgit yang merupakan pelaburan daripada
00:50Moedin Kunjayu, Datuk Dr. Masyitah Ibrahim, Koperasi Perumahan Sentur Pasar Kuala Lumpur Berhad dan My Ad Capital Senyar Berhad.
01:00Mereka secara tidak jujur telah menggunakan harta tersebut dengan melanggar kontrak nyata yang telah dibuat mengenai penyempurnaan amanah itu
01:08iaitu Shareholders Advance Agreement bertarih 22 Jun 2021, 19 Januari, 1 April, 27 April dan 6 Disember 2022 serta 5
01:19April 2023 dan 12 Mei 2024.
01:24Kesalahan didakwa dilakukan di Maybank Islamic Berhad Cawangan Taman Setiawangsa dan RHP Islamic Bank Berhad Cawangan Bangsa Shopping Center
01:31antara 22 Jun 2021 dan 15 Mei 2024.
01:37Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Kesiksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Sama
01:44yang membawa hukuman penjara minimum 2 tahun dan maksimum 20 tahun dan sebat serta denda jika sabit kesalahan.
01:53Hakim Suzana kemudian membenarkan Muhammad Daud dan Nur Liza masing-masing diikat jamin RM100,000
01:58berserta syarat tambahan melapor diri kepada Pejabat Suranjaya Perjagaan Rasuah Malaysia SPRM sekali setiap bulan.
02:06Mahkamah juga turut memintakan pasport diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh dilarang mengganggu saksi-saksi pendawaan.
02:13Tarikh 19 Jun ini ditetapkan untuk sebutan semula kes.
02:16Terima kasih kerana menonton!
Comments