Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Bekas pembantu kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan membabitkan kes memperdayakan berkaitan sumbangan papan pintar interaktif serta menerima rasuah berjumlah RM500,000. Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan dibenarkan ikat jamin dengan syarat ketat sementara menunggu perbicaraan yang ditetapkan bermula Julai 2026.
Transcript
00:00Bekas pembantu kepada Ahli Parlimen Seputih, Teresa Kok didakwa di Mahkamah Session pada Isnin atas dua pertuduhan termasuk memperdayakan Ahli
00:08Parlimen Berkenaan berhubung sumbangan papan pintar interaktif serta menerima suapan rasuah berjumlah RM500,000.
00:16Tertuduh Edmund Tioh Keng Yek bagaimanapun mengaku tidak salah dan mohon dibicarakan selepas kedua-dua pertuduhan tersebut dibacakan secara berasingan
00:26di hadapan Hakim Suzana Husin.
00:29Mengikut pertuduhan pertama, Keng Yek didakwa telah memperdayakan Teresa Kok di Pejabat Pusat Hikmat Ahli Parlimen Seputih Seri Desa Entrepreneurs
00:36Park, Jalan Kucai Lama, Kuala Lumpur dalam kejadian sekitar Jun 2024.
00:41Tertuduh didakwa sengaja mendorong Teresa Kok untuk mempercayai bahawa hanya dua sekolah di kawasan Parlimen Seputih yang memohon sumbangan interaktif
00:48smartboard, sedangkan beliau mengetahui perkara sebenar bahawa terdapat 16 sekolah yang memohon.
00:54Perbuatan tersebut telah mendorong Ahli Parlimen Seputih itu untuk setuju supaya tertuduh membuat permohonan bagi sumbangan tersebut melalui sistem MyHAS
01:03di bawah projek Mesir Rakyat Parlimen Seputih.
01:06Bagi kesalahan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Kesiksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau
01:13kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
01:15Sementara itu, bagi pertuduhan kedua, Kang Yek didakwa secara rasuah menerima bagi dirinya suapan wang tunai berjumlah RM500,000 daripada
01:24seorang individu bernama Ainuddin Aminuddin di kawasan tempat letak kereta Shell Jalan Kucai Lama pada 12 Ogos 2024.
01:32Suapan tersebut sebagai upah kepada tertuduh atas kapasitinya sebagai pembantu pejabat Ahli Parlimen Seputih kerana membantu individu berkenaan mendapatkan sumbangan
01:42bagi pembekalan interaktif smartboard dan peralatan berkaitan untuk 16 buah sekolah di dalam kawasan Parlimen Berkenaan oleh syarikat TMT IT
01:52Solutions yang dimiliki oleh industri individu berkenaan.
01:56Pertuduhan bagi kes rasuah itu dikemukakan di bawah Seksyen 16-A-A Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah
02:05Seksyen 24-1 Akta Sama.
02:07Sekiranya disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai
02:16suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
02:20Hakim Suzana kemudian membenarkan tertuduh di ikat jamin sebanyak RM60,000 dengan seorang pejamin warga negara Malaysia berserta beberapa syarat
02:28tambahan yang ketat.
02:29Mahkamah menetapkan 3 Julai 2026 sebagai tarikh sebutan semulukis untuk serahan dokumen.
02:35Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended