00:00Pelaksanaan semula cukai barang dan perkhidmatan GST dilihat lebih berkemungkinan berlaku selepas pilihan raya umum ke-16 PRU-16.
00:10Susulan isyarat perbincangan mengenai pembaharuan dasar percukaian yang semakin kedengaran.
00:16Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd Afzal Nizam Abdul Rashid berkata,
00:22Berdasarkan garis masa dasar sekitar 5 tahun, pelaksanaan GST berkemungkinan lebih sesuai dipertimbangkan selepas tempoh parlimen semasa.
00:32Kadar pula, mungkin itu boleh dibincangkan kerana kadar 6% itu yang saya sebutkan tadi, 75 bilion.
00:40Kalau 4% pun saya rasa masih lagi dalam keadaan yang baik untuk mendapatkan satu kutipan cukkan yang tinggi dalam
00:46GST ini.
00:47Kerana apa yang penting dalam GST adalah bagaimana dia akan memutihkan ekonomi tersebut.
00:51terutamanya ekonomi bayangan dan itu yang mahu dicapai supaya cakupan cukkan itu akan lebih luas
00:56dan itu akan dapat meningkatkan lagi hasil kutipan hasil kerajaan nanti.
01:00Pada masa sama, beliau menegaskan pelaksanaan semula GST memerlukan pertimbangan masa yang teliti
01:07khususnya ketika ekonomi masih berdepan tekanan kos semasa seperti kenaikan harga bahan api.
01:13Pengalaman lalu menunjukkan pelaksanaan GST lazimnya disertai tekanan inflasi pada peringkat awal
01:19namun kesannya tidak bersifat kekal.
01:22Cabaran utama bukan hanya pada struktur cukai itu sendiri tetapi bagaimana ia dilaksanakan
01:28dalam keadaan ekonomi semasa yang masih belum stabil.
01:31Dalam situasi ketika ini, faktor masa dilihat kurang sesuai berikutan kejutan kos yang masih dirasai pengguna dan perniagaan.
01:40Namun apabila ekonomi kembali pulih, pelaksanaan GST dilihat lebih sesuai
01:45sebagai sebahagian daripada langkah memperkukuh asas fiskal negara.
01:49Sebelum pelaksanaan dibuat, aspek libat urus dan penyampaian maklumat kepada rakyat menjadi keutamaan.
01:56Ujah beliau, kefahaman yang jelas mengenai tujuan sebenar GST perlu diperbetulkan
02:02memandangkan naratif sebelum ini sering mengaitkannya dengan penurunan harga barang
02:06sedangkan objektif utama adalah untuk menjadikan sistem kutipan cukai lebih telus dan cekap.
02:13Pendekatan ini penting bagi memastikan rakyat memahami bahawa GST berperanan
02:18membina kapasiti kewangan kerajaan khususnya dalam menyediakan dana mencukupi
02:23untuk berdepan sebarang kejutan ekonomi pada masa hadapan.
02:27Beliau berkongsi pandangan tersebut dalam program Niaga Awani pada Isnin.
02:31Selamat menikmati.
Comments