Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Tokoh kewangan Islam, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar dan seorang pengarah wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tujuh pertuduhan melakukan pecah amanah jenayah (CBT) membabitkan wang berjumlah RM10.55 juta milik beberapa individu dan sebuah koperasi, sejak tiga tahun lepas.

Transcript
00:03Tokoh Kewangan Islam Tan Sri Mohd Daud Bakar dan seorang pengarah wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Kuala Lumpur
00:10hari ini
00:11atas tujuh petuduhan melakukan pecah amanah jenayah CBT, membabitkan wang berjumlah 10.55 juta milik beberapa individu dan sebuah koperasi
00:22sejak tiga tahun lepas.
00:23Mohd Daud 62 tahun dan Norliza Tajuddin 54 tahun membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan secara bersama dihadapan Hakim
00:33Suzana Husin.
00:35Dari Pekarangan Mahkamah di Kuala Lumpur, rakan setugas Faidah Rahim ada perinciannya.
00:42Terima kasih rakan setugas di Estro pada ketiga ini. Kami berada di Mahkamah Kuala Lumpur yang mana pada pagi ini
00:49berlangsungnya
00:50pertuduhan terhadap tokoh kewangan Islam Tan Sri Mohd Daud Bakar dan seorang lagi pengarah wanita
00:57yang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session pada hari ini atas tujuh pertuduhan melakukan pecah amanah jenayah CBT
01:06yang membabitkan wang berjumlah 10.55 juta ringgit milik beberapa individu dan sebuah koperasi sejak tiga tahun lalu.
01:16Tan Sri Mohd Daud 62 tahun dan juga ahli pengarahnya Norliza Tajuddin 54 tahun membuat pengakuan ini tidak bersalah
01:26selepas kesemua pertuduhan dibacakan secara bersama dihadapan Hakim Suzana Husin.
01:32Dan mengikut pertuduhan pertama hingga ketujuh, kedua dia tertuduh sebagai ejen iaitu pengarah dan pemegang saham syarikat Energi Eco Seneberhad
01:40yang kini dikenali sebagai Energi Eco Berhad telah diamanakan dengan wang berjumlah 10.55 juta yang merupakan pelaburan daripada
01:50Moedin Kunjayu, Datuk Dr. Masyitah Ibrahim, Koperasi Perumahan Sentul Pasar Kuala Lumpur Berhad dan juga My Art Capital Sendirian Berhad.
02:00Dan mereka juga didakwa secara tidak jujur telah menggunakan harta tersebut dengan melanggar kontrak nyata iaitu
02:07Shareholder Advance Agreement yang menetapkan bahawa dana tersebut hanya boleh digunapakan secara khusus bagi
02:15pembiayaan operasi, pembinaan serta pengembangan kapasiti pengeluaran perniagaan, pembuatan dan perdagangan sarung tangan syarikat
02:24yang mematuhi prinsip syariah. Dan kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank Islamik Berhad
02:31Cawangan Taman Setiawangsa dan RHB Islamik Bank Berhad Cawangan Bangsa Shopping Center antara 22 Jun 2021
02:39dan 15 Mei 2024. Dalam hal itu juga Hakim Suzana membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak 100 ribu ringgit
02:50setiap seorang dengan seorang penjamin warga negara Malaysia serta mengenakan syarat tambahan kepada mereka
02:57dan pasport mereka juga perlu diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai selain dilarang mengganggu sebarang saksi pendahwaan.
03:09Dan dalam badi itu juga mahkamah telah menetapkan tarikh sebutan semula pada 19 Jun 2026 untuk penyerahan dokumen.
03:19Dalam badi itu juga satu lagi kes pertuduhan berlangsung pada pagi ini melibatkan bekas pembantu pejabat
03:26kepada Ahli Parlimen Seputih, Teresa Kok iaitu tertuduh Edmund Tioh King Yak
03:32yang mana beliau dituduh atas dua pertuduhan pada pagi ini iaitu termasuk memperdaikan Ahli Parlimen Kementerian
03:40berhubung sumbangan papan pintar interaktif serta menerima suapan berjumlah 500 ribu ringgit.
03:49Dan mengikut petuduhan pertama, Tioh didakwa telah memperdayakan Ahli Parlimen Teresa Kok
03:55di Pejabat Pusat Kikmat Ahli Parlimen Seputih, Seri Desi Entrepreneurs Park sekitar pada bulan Jun 2024.
04:04Dan perbuatan tersebut telah mendorong Ahli Parlimen Seputih itu untuk bersetuju
04:09supaya tertuduh membuat permohonan bagi sumbangan tersebut melalui sistem MyFAS
04:14di bawah projek Mesru Rakyat Parlimen Seputih yang mana beliau tidak akan memberikan persetujuan
04:19sekiranya tidak diperdayakan sedemikian. Dan bagi kesalahan itu, beliau didakwa mengikut
04:26sesi 417 Kanun Kesiksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 5 tahun atau denda
04:32atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan. Dan daripada itu juga, Hakim Suzana telah kemudian
04:40membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM60,000 dengan seorang penjamin warga negara Malaysia
04:47berserta beberapa syarat tambahan yang ketat. Antara syaratnya ialah mahkamah
04:53ditetapkan mahkamah termasuklah mengarahkan tertuduh menyerahkan pasport sehingga kes selesai
04:59dan juga tertuduh perlu melaporkan diri di pejabat SPRM pada setiap minggu pertama setiap bulan
05:06serta dilarang sama sekali mengganggu mana-mana saksi pendakwaan. Dan mahkamah juga menetapkan
05:133 Julai 2026 sebagai tarikh sebutan semula kes. Dan pada itu, untuk info lanjut kami akan
05:21bawakan info lebih terperinci di portal astroawani.com dan saat ini sahaja laporan saya
05:29dari lapangan, kita kembali ke studio.
Comments

Recommended