00:00Bursa Malaysia diunjur diniagakan dalam jajaran kecil minggu ini selepas indeks petunjuk pasaran FBM KLCI berjaya melepasi paras 1750.
00:10Ia disokong oleh minat risiko global yang lebih baik dan pasaran Wall Street yang berulang kali mencapai paras tertinggi baru.
00:18Pengarah dan pengalisi strategi penaburan dan ekonomi IPPFA Senamberhad Mohd Siddiq Jantan berkata,
00:24Walaupun kecerdasan buatan AI global dan teknologi masih menjadi pemacu utama pasaran,
00:30tumpuan pelabur kini beralih daripada kumpulan Magnificent Seven kepada syarikat lapisan kedua dalam infrastruktur AI, perisian dan ekosistem semikonduktor.
00:40Magnificent Seven terdiri daripada Nvidia, Microsoft, Alphabet, Amazon, Meta Platforms, Apple dan Tesla
00:48yang kini adalah syarikat teknologi paling berpengaruh dan berkembang pesat yang menguasai Wall Street.
00:54Kata beliau, peralihan ini boleh menyebabkan turun naik pasaran dalam jangka pendek dan aktiviti pengambilan untung dalam kaunter teknologi sekiranya
01:03momentum pendapatan adalah sederhana.
01:06Pada masa sama, pasaran akan terus memantau dengan teliti perkembangan geopolitik di Asia Barat, terutama pergerakan harga minyak.
01:13Beliau berkata harga minyak mentah yang kekal tinggi melebihi $100 Amerika setung boleh menyebabkan kebimbangan mengenai inflasi berlarutan dan menjejaskan
01:22minat risiko secara keseluruhan,
01:24manakala penurunan harga minyak yang ketara pula boleh mengukuhkan semula sentimen risiko dalam kalangan pelabur global.
01:31Bagi minggu baru berakhir, Bursa Malaysia diniagakan kebanyakannya meningkat dengan sentimen yang dipengaruhi oleh konflik Asia Barat,
01:39prestasi pasaran serantau dan keputusan Bank Negara Malaysia untuk mengekalkan kadar dasar semalaman OPR pada 2.75%.
01:47Bagi asas semingguan, Futsi Bursa Malaysia KLCI meningkat 26.04 mata kepada 1,748.06 daripada 1,722.02 minggu
02:01sebelumnya.
Comments