Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Lebih 100 kenderaan dikenakan tindakan dalam satu operasi penguatkuasaan khas di Plaza Tol masuk Genting Highlands pada Ahad, dengan fokus terhadap kesalahan trafik dan teknikal yang melibatkan kenderaan mewah. Operasi bersepadu itu melibatkan pemeriksaan ratusan kenderaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan bersama beberapa agensi lain, hasilnya menyaksikan saman dikeluarkan, kenderaan disita serta individu diuji dan ditahan atas kesalahan berkaitan jalan raya dan penyalahgunaan dadah.
Transcript
00:00Lebih 100 kenderaan dikenakan saman dalam satu operasi penguatkuasaan khas di Plaza Tul Masuk, Genting Highlands pada Ahad.
00:08Antara lain, pihak berkuasa menumpukan tindakan terhadap kesalahan trafik dan teknikal yang melibatkan kenderaan mewah dalam operasi tersebut.
00:18Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Pengkutan Jalan JPJ Pahang, Salahuddin Mak Nasi, sebanyak 215 kenderaan telah diperiksa sepanjang operasi melibatkan seramai
00:2766 anggota penguatkuasa
00:28daripada pelbagai agensi. Sebanyak 102 kenderaan pula dikenakan tindakan dengan sejumlah 126 saman dikeluarkan menerusi notis saman P22.
00:37Operasi tersebut memberi fokus kepada kesalahan trafik dan teknikal melibatkan kenderaan mewah yang menggunakan laluan kekawasan peranginan berkenaan.
00:45Hasil pemeriksaan mendapati antara kesalahan utama yang dikesan termasuk pemanduan tanpa lesin memandu kompeten,
00:51cukai jalan tamat tempoh, kenderaan tanpa pelindungan insurans, kegagalan mempamerkan pelekat pemandu pelajar atau percubaan,
00:59kesalahan nombor pendaftaran serta pengubahan sistem eksos.
01:03Jelas Salahuddin, seramai 39 pemandu didapati memandu tanpa lesin memandu kompeten,
01:09manakala 31 kenderaan mempunyai cukai jalan yang telah tamat tempoh dan 26 lagi beroperasi tanpa pelindungan insurans.
01:15Dalam operasi itu, sebuah kenderaan utiliti sukan jenis BMW X5 telah disita mengikut Seksyen 64-1 Akta Pengikutan Jalan
01:23selepas pemeriksaan mendapati cukai jalan dan insurans kenderaan tersebut tamat tempoh sejak November tahun lalu.
01:29Manakala sebuah lagi kenderaan Mazda Roadster ditahan mengikut Seksyen 59 Akta Pengikutan Jalan
01:35selepas mendapati cukai jalan dan insurans yang tamat tempoh selama dua hari.
01:38Selain itu, JPJ turut mengeluarkan saman terhadap tujuh pemandu kerana gagal mempamerkan pelekat pemandu pelajar atau percubaan
01:44selain lima kes melibatkan kesalahan nombor pendaftaran.
Comments

Recommended