Skip to playerSkip to main content
  • 14 hours ago
Malaysia akan berunding dengan Norway bagi mendapatkan penjelasan isu pembekalan misil NSM untuk kapal LCS TLDM, susulan perubahan kelulusan eksport pertahanan yang memberi kesan kepada kontrak sedia ada.
Transcript
00:00Malaysia akan menggunakan saluran diplomatik dengan Norway bagi mendapatkan perjelasan setelah membincangkan langkah sewajarnya berkaitan isu pembekalan misal anti-kapal
00:11dan serangan darat NSM untuk kegunaan kapal tempur pesisir LCS Tentera Laut Diraja Malaysia TLDM.
00:18Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Khalid Nordin, langkah itu diambil bagi menjaga kepentingan negara, susulan laporan portal Malaysian Defence
00:26mengenai isu pembekalan melibatkan Syarikat Kongsberg Defence and Aerospace Amerika, KDA dari Norway.
00:34Mohamad Khalid dalam satu penyataan memaklumkan Kementerian Pertahanan sememangnya mempunyai kontrak perolehan dengan pihak KDA bagi pembekalan peluru berpandu NSM
00:43untuk melengkapkan keupayaan kapal LCS TLDM.
00:46Beliau berkata pihaknya mengambil perhatian terhadap perubahan pendirian kerajaan Norway berkaitan kelulusan ekspor pertahanan yang memberi kesan kepada pelaksanaan kontrak
00:54perkenaan.
00:55Mohamad Khalid berkata kepentingan pertahanan akan terus memastikan kesiap siagaan dan keperluan strategik pertahanan negara tidak terjejas di samping mengekalkan
01:03hubungan dua halam Malaysia-Norweg yang sudah lama terjalin.
01:06Tegasnya, sebarang tindakan susulan akan dibuat secara teliti dan sentiasa berpandukan kepentingan strategik negara.
01:12Media sebelum ini melaporkan TLDM akan mengoperasikan dua jenis misil iaitu pemukaan-kepemukaan atau anti-pemukaan termasuk NSM dari Norway.
Comments

Recommended