Skip to playerSkip to main content
Seorang lelaki menghadapi 14 pertuduhan termasuk 12 pertuduhan khianat dengan melanggar 12 kenderaan di beberapa lokasi di George Town dalam kejadian pada Khamis lalu.

Tertuduh, S Prassanndh, 29, yang bekerja sebagai pembantu kedai kopi bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap sembilan pertuduhan tersebut di hadapan Majistret Nur Fadrina Zulkhairi di Mahkamah Majistret 3 dan tiga pertuduhan di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi di Mahkamah Majistret 3 pada Khamis.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778836/berita/semasa/lelaki-didakwa-rempuh-12-kenderaan

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #rempuhkenderaan
Transcript
00:00Seorang Melaki menghadapi 14 pertuduhan termasuk 12 pertuduhan kianat dengan melanggar 12 kenderaan di beberapa lokasi di Georgetown dalam kejadian
00:09pada Khamis lalu.
00:10Tertuduh, S. Prasant, 29 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai kopi bagaimanapun, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut.
00:19Di Mahkamah Magistrik 1, tertuduh yang memakai jesi berwarna hijau didakwa merempuh 9 buah kenderaan dari Jalan Tanjung Bunga hingga
00:28ke Jalan Tengah Bayan Baru melibatkan beberapa kawasan antara jam 9 hingga 10.20 pagi 30 April lalu.
00:35Kesemua pertuduhan dibacakan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana kianat.
00:41Akibat daripada tindakan tertuduh itu, jumlah kerugian yang dicatatkan bernilai RM10,362.
00:48Mahkamah kemudiannya menetapkan wang jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan terhadap tertuduh.
00:56Sementara itu di Mahkamah Magistrik 3, bagi tiga pertuduhan di bawah Seksyen sama, Mahkamah menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang
01:04penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan berkenaan.
01:07Di Mahkamah sama, tertuduh juga menghadapi dua pertuduhan berasinan iaitu menghalang tugas penjawat awam dan memandu secara melulu.
01:15Dia turut mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan berkenaan dan Mahkamah membenarkan jaminan RM6,000.
01:22Bagi pertuduhan berasingan, tertuduh didakwa memandu sebuah kereta Kia Forte secara melulu dari persiaran geni sehingga Jalan Tengah Bayan Baru
01:31pada waktu dan tarikh yang sama.
01:33Bagi pertuduhan itu, dia dituduh di bawah Seksyen 42 Kerungan 1 Akta Pengangkutan Jalan dan Mahkamah menetapkan wang jaminan RM10
01:41,000.
01:42Oleh demikian, jumlah keseluruhan jaminan yang dikenakan terhadap tertuduh adalah RM56,000.
01:48Kes ditangguhkan sehingga 15 Jun depan untuk serahan dokumen dan sebutan semula kes.
01:58Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended