00:00Ekosistem digital negara kini berdepan pencemaran yang semakin membimbangkan.
00:05Presiden Persatuan Pengguna Cyber Malaysia MCCA, Mohd Sirajuddin Jalil berkata,
00:11ia terutamanya apabila aliran wang hasil penipuan dalam talian mula menjejaskan pihak lain yang tidak bersalah.
00:19Menurut Mohd Sirajuddin, duit daripada aktiviti penipuan dianggap sebagai toksik dan apabila dikesan,
00:25pihak berkuasa melalui Pusat Respons Skam Kebangsaan NSRC akan mengambil tindakan menyekat aliran kewangan tersebut.
00:33Namun masalah timbul apabila wang berkenaan sudah bergerak dalam ekosistem e-dagang dan sampai ke peniaga sebenar,
00:40sekaligus menyebabkan mereka turut terperangkap dalam tindakan penguatkuasaan.
00:45Situasi ini disifatkan sebagai pencemaran ekosistem digital kerana langkah penguatkuasaan
00:50bagi membantras jenayah cyber akhirnya turut memberi kesan kepada pihak tidak bersalah.
00:55Sebagai contoh yang saya bagi, kita terima laporan daripada peniaga di Tengganu.
01:02Dia menjual barangan dalam talian.
01:06Kemudian barang yang dibeli oleh pengguna ini lambat sampai.
01:12Pengguna, bagusnya dia ada kesedaran soal kalau ada keraguan dia boleh telefon 997.
01:19Tetapi disebabkan overprotective untuk diri dia, dia buat panggilan 997 dan dia kata dia kena skam.
01:29Akaun peniaga tadi kena beku.
01:31Selang beberapa hari, barang itu sampai ke rumah.
01:35Perniaga ini tidak skam tetapi pembeli tadi dah pun membuat panggilan kepada 997.
01:41Akaun peniaga tadi kena beku.
01:43Dan lepas kita follow up, dua minggu akaunnya baru dibuka semula.
01:48Dan dia dah mengganggu operasi perniagaan tadi.
01:50Maknanya dalam tempoh dua minggu, dia tak boleh guna akaun bank dia untuk buat operasi.
01:55mana OPEC tak berjalan dalam tempoh dua minggu.
01:58Mohd Sirajudin menjelaskan situasi ini turut dipengaruhi oleh peningkatan kesedaran dalam kalangan pengguna terhadap risiko penipuan.
02:06Beliau menegaskan kesedaran pengguna untuk melaporkan aktiviti mencurigakan adalah penting.
02:11Namun tindakan berlebihan tanpa pengesahan boleh memberi implikasi besar kepada pihak lain.
02:16Sehubungan dengan itu, pendekatan lebih seimbang antara penguatkuasaan dan perlindungan kepada peniaga sah
02:22di samping meningkatkan literasi digital pengguna
02:25bagi mengelakkan salah faham yang boleh menjejaskan keseluruhan ekosistem ekonomi digital negara.
Comments