00:0028 warga asing termasuk 2 wanita direman 4 hari oleh Mahkamah Magistret Tawau pada Khamis bagi membantu siasatan berhubung sindiket
00:08penipuan pelaburan saham dalam talian.
00:11Sindiket dipercayai beroperasi di 4 banglum mewah sekitar daerah Tawau menggunakan beberapa platform media sosial dengan sasaran utama adalah warga
00:19Korea Selatan.
00:20Perintah reman sehingga isin depan itu dikeluarkan Magistret Dayang Aydaku Amira Aminuddin terhadap semua suspek berusia antara 21 hingga 51
00:29tahun.
00:30Berdasarkan keterangan kes bertindak berdasarkan maklumat diterima, pada 6 Mei pasukan risikan bahagian siasatan jenayah komersial BSJK, ibu pejabat polis
00:38daerah Tawau bersama strike team dan task force bahagian keselamatan dan ketenteraan awam KDNKA
00:44telah menyerbu 4 banglum mewah di Bandar Seri Indah, Batu 10 Jalan Apas Tawau pukul 9.20 pagi.
00:50Dalam serbuan itu, polis berjaya menahan 26 lelaki dan seorang wanita warga China serta seorang wanita warga Vietnam.
00:58Polis turut merampas 33 telefon bimbit, 3 komputer riba dan 2 set modem internet yang dipercayai digunakan dalam kegiatan berkenaan.
01:07Sindiket itu juga dipercayai menjadikan lokasi serbuan sebagai pusat operasi, tempat latihan, penginapan dan kawasan rehat ahli kumpulan terbabit.
01:15Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk merakam percakapan semua suspek mengesan saki-baki ahli sindiket yang masih bebas serta mengenalpasti rangkaian
01:24kegiatan mereka.
Comments