Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Ketua Menteri Sabah berkata Semporna berpotensi besar sebagai daerah pelancongan dan ekonomi biru jika dipelihara secara menyeluruh, termasuk kebersihan, kemudahan marin dan keselamatan, dengan Pulau Sipadan sebagai aset utama.
Transcript
00:00Daerah Samporna cukup istimewa kerana memiliki destinasi tumpuan yang terkenal di seluruh dunia, khususnya Pulau Sipadan.
00:07Ketua Menteri Sabah, Datuk Sri Haji J. Nur berkata, jika dipelihara dengan baik, sektor pelancongan di Samporna mampu menjadi kazanah
00:14yang tidak ternilai bukan sahaja di Sabah, malah di Malaysia keseluruhannya.
00:20Menurut Haji J. Samporna juga mempunyai potensi perikanan dan aktiviti marin yang boleh dikembangkan menerusi penerakaan sektor ekonomi biru yang
00:29disasar mampu menyumbang hasil yang besar kepada rakyat dan negeri.
00:33Ya, Samporna ini seperti yang saya sebutkan, bukan sahaja dalam bidang pelancongan tetapi dalam bidang perikanan marin ini cukup hebat
00:43sekali.
00:43Jadi, tadi kita dapat taklimat daripada pegawai daerah pun, mereka mempunyai perancangan-perancangan yang begitu baik untuk masa depan Samporna.
00:57Termasuklah menjaga kebersihannya dan juga untuk meningkatkan lagi fasiliti-fasiliti yang lain seperti jetty-nya di pulau-pulau dan lain
01:09-lain lagi.
01:10Semua ini mesti dilihat secara menyeluruh untuk kita mempastikan Samporna ini menjadi satu daerah pelancongan yang hebat.
01:20Sini terdapat Pulau Sipadan, salah satu tempat yang terbaik untuk bergabung dan lain-lain pulau yang lain.
01:28Jadi, ini perlu dijaga dan dipelihara oleh masyarakat setempat dan juga pihak kerajaan dan juga pemain-pemain industri pelancongan.
01:38Beliau berkata demikian kepada media selepas mendengar taklimat pembangunan daerah Samporna ketika lawatannya di Pulau Matakim pada Kamis.
01:48Lawatan ke pulau itu bersempena program lawatan tinjauan keselamatan Ketua Menteri ke Zon Selamat Sabah Timur
01:56yang bermula disandarkan pada Selasa sebelum ke Lahat Datu pada Rabu dan berakhir di Samporna pada Kamis.
02:02Pada program di Samporna, Haji J turut melalui Pulau Sipadan dan mendengar taklimat ringkas daripada Taman-Taman Sabah
02:10mengenai perkembangan di pulau itu, ia disusuli perletakan batu asas pos keselamatan di Pulau Ligitan.
Comments

Recommended