Skip to playerSkip to main content
Tindakan berani seorang lelaki Kemboja menebang pokok gaharu di kawasan Taman Botanikal Ayer Keroh membawa padah apabila dia diberkas polis, pada Isnin lalu.

Lelaki berstatus penduduk tetap (PR) berusia 40 tahun itu ditahan selepas perbuatannya disedari pegawai hutan yang melihat suspek sedang memasukkan kayu berkenaan ke dalam kenderaannya berhampiran lokasi kejadian.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778807/berita/semasa/lelaki-kemboja-diberkas-tebang-pokok-gaharu-di-taman-botanikal

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Curipokokgaharu #Gaharu
Transcript
00:00Tindakan berani seorang lelaki Kemboja menebang pokok gaharu di kawasan Taman Botanikal Air Keroh
00:05membawa padah apabila dia diberkas polis pada isnil lalu.
00:10Lelaki berstatus penduduk tetap berusia 40 tahun itu ditahan selepas perbuatannya disedari pegawai hutan
00:16yang melihat suspek sedang memasukkan kayu berkenaan ke dalam kenderaannya berhampiran lokasi kejadian.
00:22Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patip berkata,
00:27sewaktu rondaan dilakukan di kawasan berkenaan bersama seorang pegawai hutan,
00:32pengadu menemui sebatang pokok karas atau gaharu dipercayai ditebang secara tidak sah.
00:38Hasil pemerhatian mendapati pokok itu telah tumbang dan terdapat kesan tebangan menggunakan alat tajam.
00:44Suspek berjaya ditahan di kawasan pakir berhampiran tempat kejadian pada hari sama.
00:49Pemeriksaan lanjut turut membawa kepada rampasan sebuah kereta sebilah parang bersarung biru,
00:54satu karung guni dan lima keping kayu dipercayai daripada pokok ditebang.
01:00Simakan mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan narkotik,
01:04namun ujian saringan air kencing didapati negatif dadah.
01:07Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanon Keseksaan kerana mencuri.
01:12Suspek direman selama empat hari hingga 8 Mei bagi membantu siasatan lanjut.
01:17Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended