00:00Misi perdagangan Sabah ke Dalian Cina membuka lembaran baru dalam kerjasama strategik menerusi pemerterian masing-masing, dua memorandum persefahaman MOU
00:09dan tiga surat hasrat LOI melibatkan pelbagai sektor berimpak tinggi.
00:14Majlis Pertukaran Dokumen Sempena Misi pada 5 hingga 11 Mei 2026 itu melibatkan sektor pendidikan, teknologi, maritim dan pembangunan ekonomi
00:23biru itu disaksikan oleh Timbalan Ketua Menteri Ketiga Merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Kusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewan Benedict di
00:31Dalian Cina semalam.
00:33Menerusi kenyataannya, Ewan berkata Sabah kini berada pada kedudukan strategik untuk memperkukuh hubungan perdagangan dan menjadi hab serantau bagi perdagangan
00:43maritim, logistik serta pembangunan industri.
00:47Dalian bula terkenal sebagai hab maritim, logistik dan industri yang mempunyai kekuatan dalam pembangunan pelabuhan, teknologi merin, pembinaan kapal dan
00:55pembangunan industri pesisir pantai.
00:57MOU itu merangkumi kerjasama pendidikan antara Dalian Maritime University DMU dengan Universiti Malaysia Sabah UMS, serta kerjasama teknologi penukaran air
01:08minuman antara Jetama dan Dalian Bawon Software Technology Company Limited.
01:12LOI pula membabitkan hubungan kerjasama persahabatan antara Dalian Municipal Federation of Industry and Commerce dengan Sekretariat Sabah Maju Jaya SSMJ,
01:23kerjasama antara Dalian Ocean University dan SMJ, serta kerjasama Beijing Open University International Curriculum Center dan Kementerian Pendidikan Sains dan
01:32Inovasi Sabah KPSTI.
01:34Iwan menyifatkan pementerian dokumen melibatkan Sabah dan Dalian itu sebagai mencerminkan hubungan persahabatan kukuh Malaysia dan China, selain membuka potensi
01:43ekonomi lebih luas khususnya bagi Sabah dalam menarik pelaburan bernilai tinggi.
01:48Ia sejajar usaha Sabah yang melaksanakan beberapa projek utama termasuk pembangunan Taman Perindustrian Ekonomi Biru Kudat, projek penyahanggaraman air di
01:58POIC Lahat Datu, serta pembangunan kemudahan solar terapung di Empangan Babago.
02:03Beliau berkata Sabah kini memberi fokus kepada 15 industri utama di bawah kerangka ekonomi biru termasuk aquakultur, logistik maritim, bioteknologi
02:14marin, teknologi tenaga laut dan pemantauan lautan.
02:17Sabah juga mengalukan kerjasama strategik dengan rakan-rakan dari China khususnya Dalian dalam bidang pemindahan teknologi, perkongsian pengetahuan, pembangunan kapasiti
02:27dan usaha sama sektor berimpak tinggi.
Comments