00:00Datuk Seri Rafizi Ramdi selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM selepas 4 hari hadir untuk membantu siasatan berhubung perjanjian
00:11kerajaan dengan syarikat semikonduktor Arm Holdings di United Kingdom.
00:15Bekas Menteri Ekonomi berkata, keterangan beliau diambil sehingga jam 4.30 petang pada Khamis melibatkan 131 muka surat.
00:25Ahli Parlimen Pandan itu berkata siasatan tertumpu ke arah proses dan prosedur melibatkan minit mesyuarat dan dokumen berkaitan tanpa melibatkan
00:35elemen rasuah.
00:37Daripada hari pertama sehingga sekarang, tumpuannya ialah 100% itu tidak ada elemen wang langsung, tidak ada elemen songlap langsung.
00:48Jadi boleh kerana siasatan itu 100% ialah mengenai proses. Jadi maka dia tak ada surprises kepada saya langsung.
01:03So kalau ikut orang ambil perperiksaan SPRM, lepas ni boleh balik tidur dengan confident lah.
01:12Tunggu Rizal insyaAllah.
01:13Ditanya sama ada wujud pertuduhan ataupun tidak, Ravizi memaklumkan beliau tidak mengetahui tentang tindakan tersebut.
01:20Namun beliau menjangkakan pegawai penyiasat harus menunggu arahan selanjutnya berdasarkan kenyataan Ketua Pesuruh Jaya SPRM Tan Sri Azambaki pada Rabu
01:29bahawa akan ada lagi saksi yang akan dipanggil berhubung kes ini.
01:33Saksi-saksi lain yang dipanggil. Jadi berdasarkan itu, saya ingat pegawai-pegawai penyiasat pun, mereka pun perlu menunggu arahan selanjutnya
01:47dari segi lama mana lagi siasatan sebelum keputusan itu, sebelum ketas siasatan itu dapat diserahkan kepada pihak peguam negara lah.
01:59Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sejuru selesai diambil keterangan di Putrajaya pada Khamis.
Comments